Thursday, November 27, 2008
Kecantikan Wanita, Kegagahan Lelaki
Perempuan yang cantik adalah:-
1) Perempuan yang tahan menerima sebuah kehilangan
2) Perempuan yang tidak takut pada kemiskinan
3) Perempuan yang tabah menanggung kerinduan setelah ditinggalkan
4) Perempuan yang tidak meminta-minta agar dipenuhi segala keinginan.
Kecantikan perempuan berdiri di atas teguh iman.
Seluruh kecantikan yang ada pada Khadijah adalah kecantikan sempurna bagi seorang perempuan.
Kegagahan seorang lelaki bukan kepada pejal otot badan, tetapi pada kekuatan perasaan.
Lelaki yang gagah adalah:-
1)Lelaki yang mampu mengalirkan airmata untuk ingatan
2)Lelaki yang sedia menerima segala teguran
3)Lelaki yang memberi madu, setelah menerima racun
4)Lelaki yang tenang dan lapang dada
5)Lelaki yang baik sangka
6)Lelaki yang tak pernah putus asa
Kegagahan lelaki berdiri di atas kemuliaan hati.
Seluruh kegagahan yang ada pada Nabi Muhammad adalah kegagahan yang sempurna seorang lelaki.
Friday, November 14, 2008
MELAYU! MELAYU! MELAYU!.....
Tidak malukah kita asyik melenting kalau ada orang berniat baik memperkatakan pendapat atau bertindak untuk kebaikkan kita sendiri dalam perkara yang membabitkan hak, keluarga, agama, maruah dan negara.
Kenapa tidak boleh untuk dibincang sesuatu yang lebih baik?
Apa sifat sebenarnya orang Melayu? Apa identiti orang Melayu? Apa kejayaan sebenar orang Melayu? Apa usaha orang Melayu? Sampai bila Melayu masih dengan perkara-perkara yang remeh untuk terus diwarisi kepada anak cucu akan datang? Kenapa kita tidak mahu berfikir perkara yang lebih baik untuk orang Melayu dan boleh dibincangkan tanpa dikaitkan dengan kuasa atau politik. Kenapa kita tidak sungguh-sungguh menjaga keseluruhan orang Melayu? Kenapa kita tidak berusaha membangunkan lagi bangsa Melayu dalam semua bidang? Sudah cukupkah kejayaan orang kita sekarang ini? Kenapa kita asyik menongkat bangsa kita untuk maju? Kenapa Melayu tidak berusaha membangun dengan cara sendiri tanpa bantuan? Kenapa kita tidak lebih sensatif untuk merubah identiti orang Melayu menjadi lebih baik agar tidak diperkecilkan oleh bangsa lain.
Kita sahaja kah Melayu yang ada di dunia ini, bagaimana dengan Melayu yang ada di tempat lain? Mengapa harus kita sensatif sangat kalau kita sudah berjaya, manja sangat ke Melayu kita? Kita cuma dipandang hebat hanya di kampung sendiri sebab itu kita tidak bersungguh-sungguh mempertahankan maruah orang Melayu, seolah-olah tidak ada perkara lain lagi penting kecuali Hak dan Ketuanan orang Melayu itu sahaja.
Sampai bila Melayu hendak begini? kebetulan di negara ini kita berkuasa dan kita adalah majoriti yang menguasai politik, negara dan agama Islam tetapi bagaimana orang Melayu yang merantau boleh berusaha tanpa ada keistimewaan semua itu namun mereka boleh berjaya tanpa ada pertolongan seperti di sini.
Adakah mereka juga sensatif seperti orang kampung di sini, kenapa mereka boleh menurut kuasa kerajaan negara yang mereka duduki, tidak pernah pula membantah atau meminta-minta hak keistimewaan mereka seperti di Malaysia ini. Tidak malukah kita asyik dinilai sebagai bangsa yang mementingkan kaum dan kuasa tetapi lemah dalam usaha dan ilmu, setakat mana hebatnya Melayu mencipta nama dalam dunia sekarang? cubalah kita nilai sejarah Melayu dari dahulu sampai sekarang, bagaimana kedudukan kita sebenarnya adakah kita terlalu hebat?
Bangsa lain di dunia luar lebih ramai dan lebih maju dari kita tetapi tidak seperti orang Melayu, mereka tidak asyik membincangkan hal-hal politik kampung halaman dan bercerita pasal ketuanan atau apa sahaja seperti orang kita, kita sebenarnya asyik hendak dimanjakan. Kalau ada orang bukan Melayu lebih baik, semuanya kita tidak setuju kemudian kita asyik dengan prasangka buruk dan hasad dengki yang tidak habis-habis terhadap mereka, inikah warisan dan identiti kita turun-temurun?
Adakah ini baik untuk anak cucu kita akan datang hidup dengan sifat perkauman, marah membabi buta, cepat melenting tanpa usul periksa dan tidak memperbaiki diri sendiri.
Kita masih bersifat kais pagi makan pagi kais petang makan petang, sifat penyabar kita terlalu baik hingga bangsa sendiri yang menjajah, menghina, mempermainkan kita sendiripun, masih terus diberi mereka peluang tanpa sedar mana yang baik dan yang buruk yang sepatutnya disokong akhirnya yang disokong itu sendiri yang merebahkan kita semua.
Melayu kita memang sifatnya mudah cepat selesa dengan sedikit kelebihan yang ada terutama yang tinggal di tanah air sendiri. Sifat cepat selesa dan terlalu sabar hingga kita menjadi tidak kreatif dan malas untuk melebarkan lagi kebolehan kita dan kita hanya mampu menjadi alibaba serta bernafsu ingin cepat menjadi boss untuk cepat kaya.
Kita sememangnya suka menunjuk lagak pada bangsa sendiri, cepat bongkak dan bangga diri terutama kalau dapat menunjuk-nunjuk dengan ahli keluarga atau kawan-kawan sesama bangsa. Berlagak seolah sudah berjaya bertaraf dunia, sifat suka memandang rendah pada orang lain, suka bermegah dengan harta dan pangkat yang dimiliki. Malahan kita juga sanggup membuatkan orang kita susah semata-mata sifat irihati tidak memberi orang melebihi apa yang kita ada, perhubungan sesama ahli keluarga juga tidak kukuh sering berbalah berkenaan status dan harta, yang baikpun pasti ada niat sebaliknya atau sekadar menjaga nama orang tua.
Maka terasa hebatlah dunia ini dengan kejayaan jika berjaya bersaing menunjukkan kehebatan diri pada bangsa sendiri, tetapi bila di beri peluang bersaing dengan bangsa lain dalam atau luar negara pasti menikus dan malu-malu terus tidak ada keyakinan diri.
Dalam perkara menuntu ilmu juga sama, malas membaca serta malas mengkaji serta menghasilkan sesuatu yang baru, perangai berlagak pandai konon semuanya boleh diuruskan, tidak merendah diri disamping tidak mahu belajar dari bawah malu menjadi kuli tetapi bernafsu menjadi boss. Sikap malas juga menjadi masalah orang kita, ego Melayu, heboh sekampung hasil tidak ada, depan bangsa lain menunjuk pandai tetapi otak fikiran masih Melayu lama.
Sikap hanya ingin bekerja disektor kerajaan ataupun di syarikat-syarikat besar untuk cepat senang serta boleh menikmati kemudahan yang tersedia dan tidak mahu berhadapan risiko hilang pekerjaan menjadikan kita bangsa yang semakin tidak berani mengambil risiko untuk berdikari dan berjaya, akhirnya kita masih dalam corak pemikiran yang sama tidak berubah hanya bergaul dalam tempurung sesama sendiri. Sampai bila?
Sampai bila asyik suka berpolitik hingga perkara karut pun mesti dipolitikan, itulah dia kehebatan orang Melayu semua perkara mesti dikaitkan dengan politik. Kononnya untuk maju kita mesti berada dalam politik, pada Melayu politik adalah segalanya tetapi kita tidak sedar politik yang macam mana yang menjamin kuasa Melayu itu? Politik sekarang semuanya tidak ada keikhlasan semua mesti dapat pulangannya, kuasa politik inilah membuatkan ramai Melayu ego dengan kuasa, siang malam pagi petang asyik dengan main politik, yang haram menjadi halal, keluarga terabai dan akhirnya negara boleh terjual.
Sifat kedaerahan begitu kuat yang masih tidak dibuang, walaupun ramai pelajar yang telah berlajar di luar negara beribu-ribu jumlahnya tetapi bila balik Malaysia terus menjadi kalut, pemikiran kembali ke acuan lama disalah guna kepandaian pada tempat yang sepatutnya. Sifat kedaerahan ini menjadikan kita mementing diri sendiri kesannya terbit sikap kroni-kroni mengikut keturunan, kawan, keluarga, politik dan kuasa.
Yang malas bertambah malas tetapi bernafsu hendak cepat kaya, yang rajin bertambah rajin hingga terlanggar hukum tidak mengapa, yang kaya bertambah kaya, yang berkuasa bertambah kuasa hingga melanggar undang-undang dan keadilan, yang tua asyik berpolitik mengejar kuasa dan harta, yang muda remaja asyik berhibur siang malam seperti tiada batas akhirnya gejala sosial semakin parah tanpa ada rasa takut pada peraturan dan agama. Artis pula semakin menjadi idola bukannya individu yang berilmu dan berakhlak yang ada dalam fikiran mereka jauh sekali golongan agama dijadikan sebagai panduan. Kadang-kadang kita ini lebih kebaratan dari orang barat itu sendiri, hilang jati diri kita yang sebenarnya.
Sememangnya kita berhak berasa marah dengan bangsa Melayu sebab itu saya juga berhak menulis untuk mencurahkan rasa geli perangai orang Melayu yang kebelakangan ini terlalu sensatif tidak bertempat dengan isu politik yang dikaitkan soal Ketuanan Melayu, Kuasa Raja Melayu dan Bahasa Melayu. Ini sengaja untuk menarik perhatian orang Melayu yang lemah semata-mata cuba mempertahan kuasa dan harta mereka yang semakin pupus. Akhirnya bangsa Melayu itu sendiri akan menjadi semakin lemah dan jika tidak ada suara-suara yang berani melawan wayang politik lucah yang dipertontonkan pada kita sekarang ini.
Bukanlah niat saya menulis ini penuh dengan sikap buruk pada bangsa saya sendiri, tetapi supaya kita sedar kelemahan yang ada, bukannya tidak ada kebaikkan pada orang Melayu cuma biarlah kali ini saya luahkannya dan nyatakan sifat buruk kita supaya kita celik memandang kehadapan demi Agama, Bangsa dan Negara. Lebih baik kita merubah yang buruk menjadi lebih baik sebelum kita ceritakan hanya yang terbaik.
Selepas ini saya akan menulis sifat baik orang Melayu, supaya saya lebih adil dan setidak-tidak saya sudah melepaskan geram yang terpendam.
disambung... akan ditambah baik lagi.
Monday, October 20, 2008
AIDIL FITRI 2008
Assalamualaikum..terasa lama juga berehat semenjak selepas raya, hari ini dah masuk hari ke 20 Syawal hanya tinggal 10 hari lagi untuk kita berpeluang melakukan puasa sunat Syawal ataupun puasa enam. Semenjak selepas raya tempoh hari idea agak perlahan mencari isu-isu untuk dipaparkan dalam blog ini, walaupun dalam negara hari ini banyak isu yang boleh diceritakan tetapi saya masih berfikir apa yang terbaik untuk disampaikan kepada pembaca.Suasana di kampung semua sedang sibuk membuat persiapan akhir menjelang raya, di tepi-tepi jalan kelihatan sudah ada orang menjual daging. Selepas sampai di kampung saya telah pergi ke Pasar Ramadhan, keadaaannya memang sesak ketika membeli juadah mungkin ramai yang sudah balik ke kampung. Semasa memilih-milih untuk membeli kuih terkejut juga bila melihat harga kuih lebih mahal dari di KL, kalau di KL kuih masih lagi dapat seringgit tiga tetapi di kampung harga kuih satu 40 sen, nasi ayam pula satuRM4 ringgit.
Seterusnya saya pergi mencari keperluan lain, sememangnya harga barang di mana-mana pun sama tidak kira di bandar atau di kampung, semua orang terasa kenaikkannya. Siapa yang mahu disalahkan.... mahu tidak mahu terpaksa juga beli, perayaan cuma setahun sekali yang mesti disambut. Selesai membeli saya pulang ke rumah dan hantar ke dua-dua kampung sekali, sampai sahaja kelihatan orang tua kami sibuk di dapur dan juga di luar rumah sedang memasak.
Cuma di sebelah saya, orang tua saya sudah tidak sihat lagi dan tidak banyak yang dapat dilakukan, ayah saya sudah uzur tidak mampu untuk membuat kerja lagi, kalau berjalanpun mesti menggunakan tongkat. Kesihatanya sudah uzur sejak empat tahun dulu, macam-macam ubat dan hospital sudah diusahakn tetapi untuk sembuh masih belum lagi.
Jadi saya lebih banyak menghabiskan masa saya di rumah orang tua saya menolong apa yang perlu termasuk memasak rendang. Semasa sedang menyiang daging ayam yang baru dibeli untuk di potong kecil, jari saya telah terluka terkena pisau dan terkopek sedikit kulit di jari saya dan darahnya meleleh keluar, kemudian saya biarkan sehingga darah berhenti dan menyapu dengan minyak gamat. Semuanya saya lakukan dan mak saya hanya mengarahkan apa yang perlu manakala kakak hanya membuat kerja dalam rumah....untuk pengetahuan semua sekarang saya sudah tahu memasak rendang kampung orang Negeri Sembilan...hehehe. Begitulah rutin tugas saya setiap kali menjelang raya.
Menjelang petang semuanya hampir selesai dan saya pun serahkan tugas pada kakak saya untuk dihabiskan. Saya pun balik ke rumah orang mertua saya, di sana ramai yang membantu sebab adik-adik ramai, anak saya juga sibuk menolong termasuk memasang pelita dengan pakcik saudaranya. Persiapan di rumah mertua sama sahaja semua hampir selesai jadi boleh lah semua berehat-rehat sementara menunggu waktu berbuka kebetulan petang itu hujan telah turun. 

Sampai di tingkat atas ada perkara yang tidak selesa bagi saya sebab lantainya kotor dengan tahi cicak dan burung, lantai hitam berabuk, semasa solat saya terpaksa mengalas sapu tangan untuk bersujud sudah lah karpet pun tidak ada. Untuk duduk pun tidak selesa inikan untuk bersolat, saya berasa tidak puas hati dengan pengurusan pihak masjid tidak membuat persediaan langsung untuk menyambut Aidil Fitri. Sepatutnya AJK masjid sudah tahu masalah ini kerana ramai yang akan bersolat kebiasaannya sampai di luar masjid orang bersolat, tetapi kenapa mereka tidak peka menguruskan hal-hal masjid, saya betul-betul kecewa.



Menjelang hari ahad suasana di kampung semakin kurang cerianya, kebanyakkan mereka bersiap-siap untuk kembali ke bandar, hari itu boleh dikatakan semua keluarga membuat persiapan untuk ahli keluarga yang akan balik atau menghantar anak-anak kembali ke asrama sekolah. Sekolah juga akan memulakan hari persekolahan pada hari isnin itu, kami juga sudah merancang untuk balik ke KL awal pagi kerana kami mungkin akan singgah pula di beberapa rumah yang berdekatan semasa melaluinya nanti.
Sampai di rumah kami mengemaskan rumah untuk bersedia kalau ada tetamu yang akan datang, dimalamnya seperti biasa bersiap-siap pula untuk anak ke sekolah esok hari begitu juga dangan saya yang akan memulakan kerja isnin itu juga.Inilah cerita beraya di kampung selepas ini bermula pula episod suasana menyambut raya di bandar. Begitulah sedikit pengalaman hari raya yang boleh dikongsi sebagai kenangan ketika beraya di kampung, alhamdulillah semuanya berjalan dengan lancar dan selamat seperti yang dirancangkan tidak ada perkara yang tidak baik berlaku. Semoga selepas perayaan ini memberi kita kekuatan baru dalam hidup setelah berpuasa selama sebulan serta melakukan amal-amal di bulan Ramadhan yang lepas akan memberi kita kekuatan untuk menempuh hari-hari selepas ini.
Friday, September 26, 2008
SELAMAT HARI RAYA - EID MUBARAK
Ramadan hampir dipenghujung dan bakal meninggalkan kita untuk tahun ini, beruntunglah orang yang memahami kelebihan di hujung Ramadan ini, suasana semakin sibuk terutamanya di masjid-masjid, siang malam didatangi ramai orang untuk beriktikaf atau membuat amalan solat kiamulai, bertadaruz, berzikir atau perkara yang ingin diperbaiki dalam diri. Lailatul Qadar pasti berlaku, cuma siapa yang dapat dan bila berlakunya sahaja yang menjadi persoalan, beruntunglah kepada yang mendapat ilham merasai malam Lailatul Qadar. Setiap amalan yang kita lakukan semasa Ramadan banyak kelebihan dan bergembiralah kepada yang berjaya.
Datangnya Syawal yang semakin hampir ini, semua wajib bergembira meraikannya, inilah hari kejayaan kepada mereka yang berusaha semasa Ramadan. Ramai akan sibuk membuat persiapan hari Eid Fitri Mubarak, semua telah dirancang dan diharapkan apa yang dilakukan berjalan dengan baik dan selamat.
DIKESEMPATAN INI SAYA MEMOHON MAAF KEPADA SEMUA PEMBACA BLOG SAYA, DALAM USIA CUMA 6 BULAN INI SAYA TELAH CUBA MNYAMPAIKAN YANG TERBAIK UNTUK MENAFAAT SEMUA, SEKIRANYA TERDAPAT KESALAHAN YANG SENGAJA ATAUPUN TIDAK, TERSINGGUNG HATI DAN FIKIRAN, DIULANGI SAYA MEMOHON AMPUN MAAF ZAHIR DAN BATIN ATAS KELEMAHAN DAN KESILAPAN TULISAN SAYA.
DIUCAPKAN SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA EID FITRI SEMOGA BERGEMBIRA DIHARI LEBARAN BERSAMA KELUARGA, SANAK SAUDARA, SAHABAT HANDAI SERTA SENTIASA BERADA DALAM KEADAAN SELAMAT DAN SEJAHTERA DAN DIJAUHI SEBARANG KEMALANGAN.
Semoga selepas hari raya, ikatan silaturahim menjadi semakin dekat dan kuat. Semoga akan bertambah kekuatan dan azam dalam niat setiap perkara yang baik demi perubahan untuk kebaikkan. Semoga kita lebih berjaya serta mendapat berkat dari usaha dan doa yang dipohon selama ini.
SELAMAT HARI RAYA...DRI GHAZALI SEKELUARGA.
Monday, September 22, 2008
HIKMAT, RAHSIA DAN KHASIAT SURAH-SURAH AYAT- AYAT AL QURAN ALKARIM
2) SURAH AL-FATIHAH (Pembukaan) Barangsiapa membacanya sebanyak 41 kali diantara sembahyang sunatnya, nescaya permintaannya di perkenankan, jika sakit lekas sembuh dan nescaya dikasihi oleh makhluk dan ditakuti oleh musuh.Barangsiapa membaca 20 kali sesudah tiap-tiap sembahyang fardhu,nescaya rezkinya dilapangkan oleh Tuhan dan bertambah baik keadaannya, serta bercahaya rohaninya.
(3) AYAT AL-KURSI (Kekuasaan Allah) Barangsiapa membacanya sekali selepas setiap sembahyang fardhu,nescaya terpelihara dari tipu daya dan ganguan syaitan. Dengan membacanya, seorang yang miskin akan menjadi kaya, dan jika dibaca ketika hendak tidur nescaya akan terselamat dari kecurian, kebakaran dan kekaraman.Barangsia pa sentiasa membaca ayat Al-Kursi, nescaya Allah akan kurniakan kepada ahli rumahnya kebaikkan yang tidak terhitung banyaknya.Barangsia pa berwudhuk lalu membaca sekali, nescaya Allah Akan meninggikan darjatnya setinggi 40 darjat dan Allah akan mendatangkan para malaikat menurut bilangan hurufnya,seraya berdoa untuk sipembaca sehinggalah ke hari Qiamat.Dan tersebut dalam hadith yang lain: Barangsiapa membacanya ketika hendak tidur, nescaya Allah akan membuka pintu rahmat baginya hingga kesubuh, dan mengurniakan kota nur menurut bilangan rambut dibadannya. Jika sipembacanya meninggal dunia pada malam itu,ia dikira mati syahid.Hadith yang lain mengatakan: Barangsiapa membacanya selepas setiap sembahyang fardhu, nescaya akan terpelihara dari kekerasan malakul-maut, dan Allah sendiri yang mencabut rohnya, dan dia akan dibangkitkan bersama para Mujahid yang berjihad beserta para Anbiya hingga ia gugur mati Syahid. Imam Jaafar Shadiq r.a. mengatakan:Barangsi apa membaca sekali, nescaya Allah akan menghindar darinya 1,000 kesukaran duniawi, yang terkecil sekali ialah kemiskinan dan kepapaan, dan 1,000 kesukaran ukhrawi, yang terkecil sekali ialah azab neraka.
(4) SURAH AL-BAQARAH (Sapi Betina) Barangsiapa membaca dua ayat terakhir dari surah ini (Amanarrasulu) sebelum tidur, ia akan terselamat dari segala bala bencana dan mara bahaya.
(5) SURAH ALI-IMRAN (Keluarga Imran) Barangsiapa membaca tiga ayat yang pertama dari surah ini, Nescaya ia akan mencapai kesihatan dari segala penyakit dan terselamat dari gangguan jin.
(6) SURAH AN-NISSA' (Perempuan) Barangsiapa yang membaca ayat yang ke 75 dari surah ini, nescaya ia akan terselamat dari kejahatan para penjahat.
(7) SURAH AL-MAIDAH (Hidangan) Barang siapa membaca ayat yang ke 7 dari surah ini, sebanyak yang mungkin selama 3 hari berturut -turut, insya Allah akan terselamat dari was-was semasa wudhu dan sembahyang. Barang siapa membaca ayat 89 hingga ayat 101 dari surah ini, keatas air lalu diberi minum kepada orang yang bercakap dusta, nescaya ia tidak akan bercakap dusta lagi.
(8) SURAH AL-AN'AM (Binatang Ternak) Barang siapa membacanya sebanyak 7 kali,nescaya akan terhindar dari segala bala bencana. Jika ayat 63 dan 64 dari surah ini,dibaca oleh penumpang kapal, ia akan terselamat dari karam dan tenggelam.
(9) SURAH AL-A'RAAF (Benteng Tinggi) Barang kali membaca ayat 23 dari surah ini, selepas tiap-tiap sembahyang fardhu, lalu beristighfar kepada Allah, nescaya akan terampun segala dosanya. Barang siapa membaca ayat 47 dari surah ini, ia akan terpelihara dari kekacauan para penzalim serta ia akan mendapat rahmat Allah.
(10) SURAH AL- ANFAL (Rampasan) Barang siapa membaca ayat 62 dan 63 dari surah ini, nescaya dia akan di cintai dan dihormati oleh sekalian manusia.
(11) SURAH AL-BARAAH (AT-TAUBAH) (Pemutus perhubungan) Barangsiapa membacanya, nescaya akan terselamat dari kemunafiqan dan akan mencapai hakikat iman.Barang siapa membaca ayat 111 dari surah ini, dikedai atau ditempat-tempat perniagaan, nescaya akan maju perniagaannya itu.
(12) SURAH YUNUS (Yunus) Barangsiapa membaca ayat 31dari surah ini, keatas Perempuan yang hamil, nescaya ia melahirkan anak dalam kandungannya itu dengan selamat. Barang siapa membaca ayat 64 dari surah ini, nescaya ia akan terhindar dari mimpi-mimpi yang buruk dan mengigau.
(13) SURAH AL-HUD (Hud) Barang siapa membaca, nescaya ia akan mendapat kekuatan dan Kehebatan serta ketenangan dan ketenteraman jiwa.Barang siapa membaca ayat 56 dari surah ini, pada setiap masa, nescaya ia akan terselamat dari gangguan manusia yang jahat dan binatang yang liar.Barang siapa membaca ayat 112 dari surah ini, sebanyak 11 Kali selepas tiap-tiap sembahyang, nescaya akan mencapai ketetapan hati.
(14) SURAH YUSUF (Yusuf) Barang siapa membacanya, akan di murahkan rezekinya dan diberikan kemuliaan kepadanya.Barang siapa membaca ayat 64 dari surah ini, ia akan terhindar dari kepahitan dan kesukaran hidup. Barang siapa membaca ayat 68 dari surah ini, nescaya Allah akan mengurniakan kesalehan kepada anak-anaknya.
(15) SURAH AR-RA'D (Petir) Barang siapa membaca ayat 13 dari surah ini, ia akan terselamat dari petir. Dan barangsiapa membaca ayat 28 dari surah ini, nescaya Penyakit jantungnya akan sembuh.
(16) SURAH IBRAHIM (Ibrahim) Barang siapa membaca ayat-ayat 32 hingga 34 dari surah ini, nescaya anak-anaknya akan terhindar dari perbuatan-perbuatan syirik dan bida'ah.
(17) SURAH AL-IIIJ'R (Batu Gunung) Barang siapa membaca 3 ayat yang terakhir dari surah ini, ke atas perempuan yang selalu anak kandungannya gugur, nescaya anak kandungannya itu akan terselamat, dari gugurnya.
(19) SURAH BANI ISRAIL (anak-anak Israil) Barang siapa membacanya ke atas air, lalu diberi minum kepada orang yang bercakap gagap insya Allah akan hilang gagapnya itu.Barang siapa membaca ayat 80 dari surah ini, ketika ia pulang dari perjalanan, nescaya dia akan dimuliakan dan dihormati oleh orang-orang yang setempat dengannya.
(20) SURAH AL-KAHF (Gua) Barang siapa membacanya, akan terhindar dari kemiskinan dan kepapaan. Barang siapa membacanya pada malam Jumaat, nescaya dia akan mendapat rezeki yang murah.
(21) SURAH MARYAM (Maryam) Barang siapa membacanya, nescaya akan mendapat kejayaan di dunia dan di akhirat.
(22) SURAH THAAHAA (Hai Manusia) Barang siapa membacanya, nescaya Allah akan mengurniakan kepadanya ilmu pengetahuan dan akan tercapai segala maksudnya.Barang siapa membaca ayat-ayat 25 hingga 28 sebanyak 21 kali, tiap-tiap hari selepas sembahyang subuh nescaya otaknya akan cerdas dan akalnya akan sempurna.
(23) SURAH AL ANBIYA (Nabi-Nabi) Barang siapa membaca ayat 83 dari surah ini, nescaya dia akan mendapat sebesar-besar pangkat di sisi Allah s.w.t .
(24) SURAH AL-HAJ (Haji) Barang siapa membacanya, Allah akan membinasakan musuh-musuhnya.
(25) SURAH AL-MU'MINUN (Orang-orang Mukmin) Barang siapa membacanya ke atas air, lalu diberi minum kepada orang yang selalu minum minuman keras,nescaya dia tidak akan meminumnya lagi. Barang siapa membaca ayat 28 dari surah ini, nescaya perahunya akan terselamat daripada karam dan rumahnya akan terselamat dari kecurian dan serangan musuh.
(26) SURAH AN-NUUR (Cahaya) Barang siapa membacanya, nescaya ia akan terhindar dari mimpi-mimpi yang buruk. Barang siapa membaca ayat 35 dari surah ini,pada hari Jumaat sebelum sembahyang Asar, nescaya dia akan disegani oleh orang ramai.
(27) SURAH AL-FURQAN (Pembaca) Barang siapa membacanya sebanyak 3 kali ke atas air yang bersih, lalu air itu dipercikkan di dalam rumah, nescaya rumah itu akan terselamat dari gangguan binatang-binatang yang liar dan ular-ular yang bisa.
(28) SURAH ASY-SYU A'RA (Ahli-ahli Syair) Barang siapa membaca ayat 130 dari surah ini, sebanyak 7 kali dengan senafas ke atas orang-orang yang digigit oleh binatang-binatang yang berbisa nescaya akan hilang bisa-bisa itu.
(29) SURAH AN-NAML (Semut) Barang siapa membacanya nescaya nikmat-nikmat Allah akan kekal kepadanya.
(30) SURAH AL-QA-SHASH (Cerita) Barang siapa membacanya ke atas pekerja-pekerjanya, nescaya Mereka tidak akan mencuri dan mengkhianat. Barang siapa membaca ayat-ayat 51 hingga 55 dari surah ini, Nescaya otaknya akan cergas, akalnya akan sempurna dan budi pekertinya akan halus.
(31) SURAH AL-ANKABUT (Labah-labah) Barang siapa membacanya, nescaya demamnya akan sembuh. Barang siapa membacanya, nescaya ia akan terhindar dari gelisah dan keluh kesah.
(32) SURAH AR-RUM (Rum) Barang siapa membacanya, nescaya Allah akan membinasakan orang yang hendak menzaliminya.
(33) SURAH LUQMAN (Luqman) Barang siapa membacanya, nescaya ia akan terhindar dari segala-gala penyakit terutama dari penyakit-penyakit perut. Barang siapa membaca ayat 31 dari surah ini, nescaya akan terselamat dari bencana banjir.
(34) SURAH AS-SAJ DAH (Sujud) Barang siapa membaca ayat-ayat 7 hingga 9 dari surah ini, ke atas kanak-kanak yang baru lahir,nescaya ia akan terhindar dari segala-gala penyakit ruhani dan jasmani.
(35) SURAH AL-AHZAB (Golongan-golongan) Barang siapa membaca ayat-ayat 45 hingga 48 dari surah ini, nescaya ia akan mendapat kemuliaan dan kehormatan sejati. Dan barang siapa membaca ayat-ayat 60 hingga 66 dari surah ini, nescaya Allah akan membinasakan musuh-musuhnya.
(36) SURAH SABA' ( Saba ') Dengan membacanya, terselamatlah ia dari segala-gala bala bencana, terutamanya dari rosaknya tanam-tanaman.
(37) SURAH FAATHIR (Pencipta) Barang siapa membaca ayat-ayat 29 dan 30, nescaya Allah Akan memberkati perniagaannya.
(38) SURAH YAASIIN (Hai Manusia) Nabi kita Muhammad s.a.w bersabda : "Tiap-tiap sesuatu mempunyai hati dan hati Al-Quran ialah surah Yaasiin." Yaasiin kerana Allah, nescaya akan terampun segala-gala dosanya kecuali dosa syirik.."Dalam satu hadith yang lain Baginda s.a.w bersabda:"Hendaklah kamu membaca surah Yaasiin ke atas pesakit-pesakitmu yang menghadapi sakaratul-maut, nescaya Allah s.w.t akan meringankan kekerasan sakaratul-maut itu." Dalam satu hadith yang lain pula Baginda s.a.w bersabda :"Aku ingin benar, agar surah Yaasiin ini dihafaz oleh tiap-tiap umatku."Barang siapa membacanya sebanyak 41 kali, pasti akan tercapai segala hajat dan cita-citanya. Barang siapa membacanya sebanyak 21 kali pada malam Jumaat,Lalu berdoa istghfar untuk kedua ibu bapanya, nescaya dosa kedua ibu bapanya akan diampunkan oleh Tuhan.Barang siapa membaca sekali ketika membuka kedai atau perniagaan, nescaya akan maju perniagaannya itu. Barang siapa membacanya sekali pada awal malam, andaikata ia mati pada malam itu, mesti ia mati syahid.Barang siapa membacanya sekali selepas tiap-tiap sembahyang Jumaat, nescaya ia akan diselamatkan dari siksa kubur. Jika dibacanya oleh seorang askar, ketika ia hendak turun kemedan peperangan, Allah akan mengurniakan kepadanya keberanian dan kegagahan, serta naiklah ketakutan pada musuh-musuhnya. Hikmat-hikmat dan khasiat-khasiat surah Yaasiin ini banyak benar didapati di dalam kitab-kitab hadith tetapi cukuplah setakat ini untuk diamal oleh anda sekalian.
(39) SURAH ASH-SHAAFFAAT (Yang Berbaris) Barang siapa membacanya, insya Allah in akan terpelihara daripada gangguan jin.
(40) SURAH SHAAD (Shaad) Dengan membaca ayat 42 dari surah ini, nescaya akan mendapat kebahagian sejati
Cinta Masa Puasa
Kita ini ada di dunia karena diciptakan Allah. Bisa hidup karena diberi makan, minum, dan udara oleh Allah. Sungguh celaka jika terbetik niat lain sewaktu berpuasa, selain karena memenuhi kehendak dan perintah Allah. Sungguh, berbeda dengan amal ibadah yang lain, kita merasakan getaran cinta Penguasa Alam Raya dalam perintah puasa ini.
Getaran cinta dan kasih Allah itu dapat dirasakan pada hadis di atas.Cobalah pahami bahasa hadis tersebut. Bukankah ini ungkapan cinta yang melimpah dari Allah kepada hamba-Nya yang berpuasa?
Kita semua paham bahwa bau mulut orang yang berpuasa di manapun pasti sangat busuk. Itu wajar karena saat perut sedang kosong, asam lambung dapat memanjat sampai ke dinding mulut.Saat berbicara, menguap, atau bahkan sekadar membuka mulut langsung akan tersebar aroma yang membuat orang menutup hidungnya.
Namun, bagi Allah, seseorang yang berpuasa telah mengorbankan makan, minum, dan syahwatnya hanya karena Allah. Allah sungguh cinta pada pengorbanan mereka. Dan, cinta itulah yang menjadikan bau mulut mereka dihargai Allah lebih wangi dari minyak kasturi.
Subhanallah, betapa besarnya cinta kasih Allah terhadap orang yang berpuasa. Banyak sekali amal perbuatan kita ini yang pahalanya dijanjikan Allah kepada kita secara kalkulatif. Contoh, shalat jamaah menaikkan derajat kita di sisi Allah hingga 27 derajat. Bersedekah dilipatgandakan Allah pahalanya hingga 700 kali lipat.
Begitu pula shalat di Masjidil Haram yang pahalanya 100 ribu lebih utama dibandingkan shalat di masjid biasa. Semuanya dijanjikan Allah dalam hitungan-hitungan yang jelas. Tapi, untuk puasa, Allah mengungkapkan apresiasi-Nya yang tinggi. ''Puasa itu untuk-Ku dan biar Aku yang menganugerahkan pahalanya.'' Bukankah ini sebuah ungkapan sentimental yang diwarnai dengan kecintaan?
dari sumber
AIRMATA RASULULLAH SAW...
Kemudian ia kembali menemani ayahnya yang ternyata sudah membuka mata dan bertanya pada Fatimah, 'Siapakah itu wahai anakku?' 'Tak tahulah ayahku, orang sepertinya baru sekali ini aku melihatnya,' tutur Fatimah lembut. Lalu, Rasulullah menatap puterinya itu dengan pandangan yang menggetarkan.
Seolah-olah bahagian demi bahagian wajah anaknya itu hendak dikenang.
'Ketahuilah, dialah yang menghapuskan kenikmatan sementara, dialah yang memisahkan pertemuan di dunia.
Dialah malaikatul maut,' kata Rasulullah, Fatimah pun menahan ledakkan tangisnya. Malaikat maut datang menghampiri, tapi Rasulullah menanyakan kenapa Jibril tidak ikut sama menyertainya.
Kemudian dipanggilah Jibril yang sebelumnya sudah bersiap di atas langit dunia menyambut ruh kekasih Allah dan penghulu dunia ini.
'Jibril, jelaskan apa hakku nanti di hadapan Allah?', tanya Rasululllah dengan suara yang amat lemah.
'Pintu-pintu langit telah terbuka, para malaikat telah menanti ruhmu. 'Semua syurga terbuka lebar menanti kedatanganmu,' kata Jibril.. Tapi itu ternyata tidak membuatkan Rasulullah lega, matanya masih penuh kecemasan.
'Engkau tidak senang mendengar khabar ini?', tanya Jibril lagi. 'Khabarkan kepadaku bagaimana nasib umatku kelak?'
'Jangan khawatir, wahai Rasul Allah, aku pernah mendengar Allah berfirman kepadaku: 'Kuharamkan syurga bagi siapa saja, kecuali umat Muhammad telah berada di dalamnya,' kata Jibril.
Detik-detik semakin dekat, saatnya Izrail melakukan tugas. Perlahan ruh Rasulullah ditarik.
Nampak seluruh tubuh Rasulullah bersimbah peluh, urat-urat lehernya menegang. 'Jibril, betapa sakit sakaratul maut ini.
' Perlahan Rasulullah mengaduh. Fatimah terpejam, Ali yang disampingnya menunduk semakin dalam dan Jibril memalingkan muka.
'Jijikkah kau melihatku, hingga kau palingkan wajahmu Jibril?' Tanya Rasulullah pada Malaikat pengantar wahyu itu. 'Siapakah yang sanggup, melihat kekasih Allah direnggut ajal,' kata Jibril.
Sebentar kemudian terdengar Rasulullah mengaduh, karena sakit yang tidak tertahankan lagi.
'Ya Allah, dahsyat nian maut ini, timpakan saja semua siksa maut ini kepadaku, jangan pada umatku.
' Badan Rasulullah mulai dingin, kaki dan dadanya sudah tidak bergerak lagi. Bibirnya bergetar seakan hendak membisikkan sesuatu, !
Ali segera mendekatkan telinganya. 'Uushiikum bis shalati, wa maa malakat aimanuku' 'peliharalah shalat dan peliharalah orang-orang lemah di antaramu.
' Diluar pintu tangis mulai terdengar bersahutan, sahabat saling berpelukan. Fatimah menutupkan tangan di wajahnya, dan Ali kembali mendekatkan telinganya ke bibir Rasulullah yang mulai kebiruan.
'Ummatii,ummatii, mmatiii?' - 'Umatku, umatku, umatku'
Dan, berakhirlah hidup manusia mu lia yang memberi sinaran itu. Kini, mampukah kita mencintai sepertinya?
Allahumma sholli 'ala Muhammad wa baarik wa salim 'alaihi Betapa cintanya Rasulullah kepada kita.
The interior of the Kaabah
Friday, September 19, 2008
The Top Seven Signs that Someone is Lying to You.

When it comes to finding out whether or not you're being lied to, Gepetto had it easy. All it took was one look at Pinocchios's growing schnoz and he knew. Of course, most of us don't have it that easy but could sure benefit if we did.
Do you swear to tell the truth, the whole truth and nothing but the truth? Probably not--estimates say most people lie once or twice a day!
It seems that we're largely a nation of liars, with some estimates saying that most people lie to others one or twice a day, and in about 30 percent to 38 percent of our interactions in all.
Why we lie varies. Around the age of 4 or 5, when we start telling lies, it's done not maliciously, but rather to gain awareness and use the power of language, says Dr. Gail Saltz, a psychiatrist with New York Presbyterian Hospital.
Later on, we lie to get things we want, for personal gain or to stay out of trouble. We tell "white lies" to protect other's feelings, and then there are the pathological liars among us, the people who feel compelled to lie no matter what.
So, with liars all around us (don't lie -- we ALL lie at one point or another, even those "little white lies" count), it's imperative to know the signs that someone may be lying to you. Here are seven of the classic signs to watch out for ...
Seven Common Signs of Lying
- No eye contact. Generally, if someone is lying they will not look you in the eye, at least during a certain part of the conversation. Normally, people make eye contact for at least half of a conversation, so anything less than this could be suspicious. One caveat: there are some people who will take great pains to make eye contact with you even if they're lying, simply to make you think they're not.
You don't need a lie detector test to find out if someone's lying to you --just check out these seven signs of lying. - Change in voice. A change in the pitch of a person's tone, or a lot of stammering (umm, ah), or throat clearing could indicate a lie.
- Unusual body language. If a person taps their foot a lot, fidgets with their hands, raises their shoulders, turns away from you or brings their hand to their face (to touch their chin or nose, etc.) -- in other words, if they act nervous or uncomfortable -- it could mean they're telling a lie. Also watch out for blushing (or becoming pale) and increased blinking.
- Something sounds fishy. Making statements that contradict each other, are inconsistent or don't sound quite right are usually part of a lie.
- Overly defensive. Sometimes when a person is lying they will become extremely defensive, refusing to answer any questions and even accusing you of lying. This may mean they have something to hide.
- Changes subject easily. If someone is lying and you change the subject, chances are high that they'll go right along with it. A person telling the truth, however, will likely ask why you changed the subject and want to go back to it.
- Humor or sarcasm. A guilty person will often try to change the subject using humor or sarcasm.
Of course, no one behavior can tell for sure whether or not someone is telling the truth or lying. While you should trust your instinct, if you're not sure it's best to try to get some evidence to back up your accusation. Rather than relying on a specific behavior, catching a liar in the act is best done by watching their normal behaviors. When those behaviors suddenly change, that's when a lie has likely been told.
Friday, September 12, 2008
BAB 1 - Catatan Sebenar Kejadian Memali
TOP SECRET:
001: Pada jam 1935 Hrs. (18/11/85) berpusat di Kem Pasukan Polis Hutan Sungai Petani, Kedah; 3600 anggota polis daripada pelbagai bahagian termasuk FRU (Penang), Pasukan Senoi Prak, Anggota Polis beruniform, Commando 69, sudah bersiap siaga untuk menerima arahan. Kumpulan ini diletakkan di bawah arahan seorang pegawai tinggi Ibu pejabat di Bukit Aman dan dibantu oleh beberapa pegawai daripada Bukit Aman, Kedah, Perlis, dan Penang.
002: Tepat Jam 1945 (18/11/85) pegawai tinggi yang memerintah daripada Bukit Aman telah mengeluarkan arahan bahawa kumpulan yang bersiap-siaga itu akan menyerang hendap satu kem komunis dalam daerah Baling yang berdekatan dengan sempadan Thailand.
003: Pada Jam 2005 (18/11/85) berlaku satu keributan di bilik operasi Sungai Petani di antara Pegawai Berkuasa pasukan Polis Hutan Sungai Petani dengan Pegawai Tinggi daripada Bukit Aman. Kekalutan ini berasaskan arahan palsu yang telah dikeluarkan. Arahan menyerang dan membunuh penghuni 'kem komunis' itu sebenarnya disasarkan ke arah Ibrahim Mahmood, pengikutnya dan sesiapa juga yang hadir di Madrasah yang dibina oleh orang kampung di situ. Pegawai yang mengetuai pasukan Polis Hutan itu telah memberi penerangan kepada Pegawai Tinggi daripada Bukit Aman betapa Ibrahim Mahmud dianggap oleh para pegawai pasukannya sebagai seorang ulama yang berwibawa. Malahan ramai di kalangan mereka adalah penuntutnya. Dilema yang tercetus ini mencetuskan satu suasana yang hening dan sunyi-sepi.
004:(18/11/85) Pegawai Tinggi daripada Bukit Aman telah mencuba menghubungi Penolong Pesuruhjaya Polis di Bukit Aman, tetapi gagal. Kemudian dia berjaya menghubungi Musa Hitam yang ketika itu menjadi Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri. Pegawai Pemerintah Pasukan Polis Hutan Sungai Petani telah diberikan laluan untuk bercakap dengan Musa Hitam. Beliau telah merayu kepada Musa Hitam dan membuat penjelasan betapa Ibrahim Mahmud adalah seorang ulamak yang disegani dan telah banyak berjasa dalam usaha menaikan taraf hidup masyarakat Memali. Malahan, Ibrahim Memali sudah terkenal dan dihormati oleh para sahabat dan lawan. Tetapi, akhirnya diketahui juga Musa Hitam telah memberikan arahan agar serangan itu diteruskan.Nota Khas:Kebanyakan anggota polis yang terbabit dalam operasi ini adalah mereka yang bukan beragama Islam. Operasi Khas ini telah diberi-nama "Operasi Hapus" oleh Musa Hitam.
005: Jam 2045 (18/11/85) sebuah majlis keraian telah diadakan di sebuah padang terbuka di Kem Polis Hutan di Sungai Petani. Di sana minuman bir dan minunam keras (arak) telah disediakan kepada semua unit. Namun, ada juga segelintir anggota Pasukan Polis Hutan itu yang tidak minum.
006: Jam 2147 (18/11/85) pegawai pemerintah operasi telah menerima mesej melalui wireless. Mesej yang diterima mengatakan betapa 10 orang komando polis hutan telah berjaya masuk kawasan Memali dan telah pulang dengan laporan penuh. Laporan itu adalah mengenai pergerakan masyarakat yang menghuni Madrasah tajaan Ibrahim Mahmud, yang sudah pun disahkan sebagai sasaran serangan polis itu.
007: Jam 21.47(18/11/85) semua unit telah bergerak di bawah pimpinan lapan pegawai muda. Mereka bergerak memasuki Baling dengan menggunakan dua kereta perisai. Pegawai pemerintah Unit Sungai Petani tidak menunjukkan minatnya ketika itu. Di waktu yang sama, Ibrahim Mahmud sedang memberikan kuliah kepada 50 orang penuntut yang hadir. Kuliah itu berlanjutan sehingga jam 23.45. Setelah selesai ada juga penuntutnya yang pulang ke rumah mereka sedangkan yang lainnya tidur bermalam di Madrasah itu.
008: Pada Jam 24.00 (18/11/85) Pegawai pemerintah daripada Bukit Aman telah menerima arahan terakhir mengenai 'Operasi Hapus' itu. Ketika itu berlaku sedikit kekesalan di kalangan pasukan daripada Sungai Petani. Mereka mahukan operasi itu dilakukan dengan mengadakan sekatan dan kepungan untuk mendesak Ibrahim Mahmud menyerah diri. Ketika itu ditaksirkan, tindakan mengepung itu mungkin membawa kesan hanya selepas tiga bulan. Cadangan unit Sungai Petani itu telah disanggah oleh Pegawai pemerintah daripada Bukit Aman. Beliau telah disokong oleh pegawai lain yang datang daripada Bukit Aman, dan juga OCPD Baling. Mereka berpendapat bahawa strategi yang melecehkan itu mungkin membabitkan pergeseran di antara pihak polis dengan anggota tentera yang berkhemah di sempadan Malaysia/Thai di Sik dan Baling. Kecurigaan mereka ini muncul kerana 90% anggota tentera yang disebutkan itu memang menyokong pergerakan Islam dan juga Ibrahim Mahmud.
Keadaan kelam kabut muncul lagi. Sekali lagi Musa Hitam di hubungi. Pada kali itu, pegawai yang berkuasa diberitahu bahawa Musa Hitam tidak dapat di hubungi kerana beliau telah pergi ke sebuah hotel di Kuala Lumpur. Di waktu yang sama Timbalan Menteri hal Ehwal Dalam Negeri, Radzi Ahmad sedang mengikuti perkembangan dengan berada di Ibu pejabat Polis Penang. Beliau sedang mengikuti perkembangan 'Operasi Hapus' itu. Tidak berapa lama kemudiannya Musa hitam telah menghubungi pihak polis dengan suara yang seolah marah dan rasa terganggu. Musa tidak banyak bercakap cuma mengeluarkan perintah untuk melakukan operasi penghapusan walaupun ia bermakna secara menyeluruhi Negeri Kedah.
BAB 2 - Catatan Sebenar Kejadian Memali
Seorang pemandu motorsikal dilihat berhenti di hadapan pintu-gerbang rumah yang dihuni oleh Ibrahim Mahmud. Seorang muda dilihat berlari ke arah pintu rumah itu meminta kebenaran untuk masuk. Dia telah memberitahu penghuni rumah itu betapa dia ternampak satu kumpulan polis yang ramai di Baling setibanya di pekan itu. Ibrahim Mahmud telah dikejutkan dari tidurnya. Begitu juga halnya dengan 39 orang lain yang telah berjaga malam di Madrasah itu sebelumnya.
Mereka dikerah bersiap sedia untuk mempertahankan diri. Mereka mula mengumpulkan segala alat yang ada di rumah kampung seperti kapak, pisau, buluh runcing dan sebagainya. Yang lebih berani telah membuat bom molotov pula. Dengan lain perkataan, setiap insan di situ ada alat senjata yang boleh dipergunakannya.Dalam kumpulan yang bertahan itu ada empat kanak-kanak dan lima kaum wanita. Ibrahim telah mengajak para pengikutnya untuk berwuduk daripada sebuah telaga yang berhampiran.
Mereka telah melaksanakan solat sunat dan juga solat hajat. Mereka membaca Surah Yaasin dan berzikir. Ibrahim Mahmud kemudiannya memberi ucapan betapa beliau lebih rela bersyahadah daripada menyerahkan dirinya untuk dijadikan alat mereka yang mahu menaikkan semangat nasionalisme. Ibrahim telah meminta sesiapa yang curiga dengan hasratnya itu meninggalkan kumpulan mereka. Tidak ada sesiapa yagn mahu berganjak daripada tempat duduknya. Laungan Allahuakbar mula bergema, bertalu-talu dan memecah keheningan Kampung Memali.
Yang hadir lebih memilih jalan 'syahid' daripada terus hidup mengabdikan diri ke jalan yang hina. Di waktu yang sama di Stesen Polis Daerah Baling, segala persiapan untuk menyerang kampung Memali semakin dipercepatkan. Semua itu dilakukan oleh kebanyakan anggota polisyang telah mabuk ataupun tidak keruan fikirannya.
009: Jam 0100 (19/11/85) 3,600 (Tiga Ribu Enam Ratus) anggota polis bersama pegawainya telah tiba di Kampung Memali. Mereka lengkap bersenjata automatik dan tiba dengan kereta perisai. Mereka mula mengepung kampung itu. Ketika itu Musa Hitam tentu sekali masih lagi berada di hotel kerana dia tidak dapat dihubungi. Semua urusan komunikasi dilakukan pula dengan timbalannya yang bertahan di Ibu pejabat Polis di Penang. Kebanyakan anggota polis yang tiba di Kampung Memali itu masih lagi beranggapan mereka akan menyerang sebuah kem komunis. Itulah maklumat yang diberitahu kepada mereka oleh Pegawai Tinggi daripada Bukit Aman. Di waktu yang sama kumpulan daripada Sungai petani hanya kecil sahaja dan masih samar akan tugas mereka.
010: Jam 0300 (19/11/85) Kampong Memali telah dikepung seluruhnya oleh pihak polis. Polis yang beruniform ditugaskan membuat sekatan jalan raya. Pasukan Polis Hutan telah diarahkan ke bahagian Selatan. Pasukan FRU (Polis Gerak Khas: kaki-pukul) diarahkan ke bahagian utara. Pasukan Komando 69 (Polis Hutan) telah dikerahkan di bahagian belakang rumah Ibrahim Mahmud yang juga merupakan sekolah agamanya.
011: Jam 0336 (19/11/85) Pegawai Tinggi daripada Bukit Aman yang memerintah Operasi Hapus itu telah bercakap menggunakan pembesar suara. Dia mahukan Ibrahim Mahmud menyerah diri. Ibrahim Mahmud berbincang dengan penghuni rumahnya itu. Mereka membuat pendirian untuk tidak menyerah diri walaupun pasukan yang datang itu berpakaian seragam melambangkan wakil negara. Mereka bertakbir dan laungan Allahuakbar mula berkumandang semula.
012: Jam 0400 pagi (19/11/85) satu kumpulan manusia yang berjumlah 30 orang termasuk wanita dan kanak-kanak tiba-tiba muncul daripada bahagian utara . Mereka berlari di tengah-tengah benteng pasukan Polis Hutan dan juga Komando 69 dan membawa senjata tajam yang sering mereka gunakan ketika bertanam padi. Mereka cuba memasuki rumah Ibrahim Mahmud untuk memberikan sokongan. Anggota pasukan Komando 69, yang masih lagi mabuk dan kurang berdisiplin itu telah menembak ke arah penduduk kampung yang sedang berlari itu. Tetapi, mereka tersalah sasar, maklumlah kerana masih mabuk lagi. Namun tindakan mereka itu membuatkan orang kampung berpatah balik kerana ketakutan. Tindakan melulu Pasukan komando itu telah mengena seorang pegawai kanan Pasukan Polis Hutan. Seorang pegawai rendah dan juga seorang konstabel pun turut terkorban. Tembakan ke arah orang kampung yang tidak berdosa oleh satu pasukan yang khayal telah tersesat kepada badan pasukan kawansendiri.
Satu perundingan telah diatur untuk menenangkan keadaan. Operasi mengepung masih lagi berkuatkuasa. Tetapi, beberapa pegawai daripada Alor Star telah meminta agar pengepungan itu dibatalkan sahaja. Mereka telah mengambil iktibar daripada kematian tiga orang sendiri disebabkan tindakan yang songsang. Permintaan mereka telah ditolak oleh pegawai pemerintah.