MAAL HIJRAH 1432
Akal, hati, fikiran dan iman kita mohon kebaikan dan kebaikkan, segala yang kuat, segala yang bijaksana, segala ketenangannya agar kita mampu mencari dan sentiasa hidup dalam perubahan. Tidak menjauhkan diri dari mereka dan perkara yang akan ada kebaikkannya. Usah kesal, usah nagetif, mohonlah jalan yang ada cahaya suluhnya agar senang ke tempatnya agar tidak tersilap dan tersesat, semoga kita bersama-sama boleh sampai dengan selamat dan berkat.
Selamat dan ucapan menyambut tahun baru kepada seluruh jemaah umat islam yang akan memasuki tahun baru hijrah Awal Muharam bersamaan pada 7 Disember 2010. Kesempatan ini diambil untuk bersama-sama kita berhijrah pada waktu, tempat, perbuatan, aktiviti, sifat, fikiran, kemahuan, peristiwa, keadaan dan harapan dari baik kepada lebih baik, dari kurang baik kepada baik, dari tidak baik kepada sedikit baik, dari tidak baik langsung kepada niat untuk yang sedikit baik dan seterusnya tidak selamanya hanya tidak baik.
Dapat sekadar mana kita boleh mulakan biarpun dari sedikit tetapi lebih baik dari tidak dibuat langsung atau dari tidak ada langsung, biarlah lambat atau tidak cepat kerana jika dilakukan kita tidak akan nampak kekurangan dan daif selamanya, walau selambat manapun akhirnya kita akan sampai juga pedulikan kita lambat sedikit dari sentiasa terlambat. Biarlah cukup untuk kurang pada hari ini dari kita kekurangan selamanya namun segalanya akan dapat juga kita merasa dari tidak merasa selamanya.

Mungkin hidup memang kurang, hidup memang bodoh, hidup memang dosa, hidup memang malu, hidup memang jahat, hidup memang ganas, hidup memang menakutkan dan hidup memang segalanya kekurangan. Tidak dipinta segalanya yang tidak baik dalam hidup dan tidak diberi juga segala kemewahan kalau bukan kerana kehendak dan dugaan, hidup adalah jemaah, hidup adalah kerjasama saling membantu bukannya menyendiri, bukan untuk sendiri, bukan untuk tamak, bukan untuk dengki, bukan untuk menunjuk, bukan untuk dibangga, bukan untuk sombong, bukan untuk mencari syurga seorang diri dan tidak juga masuk neraka beramai-ramai.
Akal, hati, fikiran dan iman kita mohon kebaikan dan kebaikkan, segala yang kuat, segala yang bijaksana, segala ketenangannya agar kita mampu mencari dan sentiasa hidup dalam perubahan. Tidak menjauhkan diri dari mereka dan perkara yang akan ada kebaikkannya. Usah kesal, usah nagetif, mohonlah jalan yang ada cahaya suluhnya agar senang ke tempatnya agar tidak tersilap dan tersesat, semoga kita bersama-sama boleh sampai dengan selamat dan berkat.
No comments:
Post a Comment