Tuesday, August 31, 2010

Pengurusan Jenazah

Maklumat pengurusan jenazah ini adalah hasil setelah mengikuti Kursus Pengurusan Jenazah yang dihadiri sebanyak dua kali untuk dikongsikan dengan pembaca blog ini. Seandainya ada kekurangan dalam keterangan/tulisan ini diharapkan dapat sama-sama diperbaiki dengan cara menghantar komen untuk diperbetulkan.

PENGURUSAN JENAZAH

Menguruskan jenazah adalah fardhu kifayah, dilakukan untuk orang islam dan jika tidak dilakukan adalah berdosa kepada masyarakat sesuatu tempat. Kita dituntut perlu tahu cara menguruskan jenazah sebagai pengetahuan dan persediaan diri walaupun kita tidak pernah melakukannya.

Perkara Wajib Menguruskan Jenazah

1. Memandikan jenazah

2. Mengkhafankan jenazah

3. Solat ke atas jenazah

4. Mengkebumikan jenazah

Orang Yang Berhak Menguruskan Jenazah

Orang yang berhak dan lebih afdal ialah dari kalangan keluarga atau waris yang terdekat seperti anak sendiri, tetapi sekiranya tiada kemampuan boleh diminta kepada yang lebih arif.

Perkara yang perlu diuruskan oleh waris simati:

  1. Berpakat dan berbincang

  2. Melaporkan kematian di balai polis

  3. Mendapatkan surat pengesahan kematian dari hospital sekiranya mati di hospital

  4. Membeli keperluan untuk urusan mandi dan mengkafankan mayat

  5. Memaklumkan kepada pengurus jenazah/pemandi

  6. Urusan menggali kubur

  7. Mmemberitahu imam untuk solat jenazah

  8. Mendapatkan kenderaan jenazah
SYARAT PENGURUSAN JENAZAH

1. MEMANDIKAN MAYAT

Erti memandikan jenazah: iaitu meratakan air keseluruh tubuh jenazah dengan air mutlak.

Tayammum: hanya jika tiada air, uzur tidak boleh dilakukan dengan air, jenazah yang reput. Cara tayammum: Tepuk muka dan tangan sahaja anggota yang di tayammumkan.

Syarat Jenazah:

Islam(mati), Anggota badan yang terpisah, Mati syahid dunia akhirat(tidak perlu dimandikan).

Syarat Pemandi:

Islam, akhil baligh, mengikut jantina simati, bukan musuh simati, bukan orang fasik.

Sifat-sifat yang perlu ada kepada pemandi:


  • Berilmu dan mahir

  • Berani

  • Sabar

  • Amanah

  • Ikhlas

  • Tiada perasaan takut

  • Tiada perasaan jijik
Waktu Memandikan Mayat:

Apabila semua perkara berkaitan yang perlu sudah selesai maka boleh dimulakan untuk pengurusan pengkebumian handak dimulakan.

Pemandi:
  • Wanita pemandinya wanita

  • Lelaki pemandinya lelaki

  • Suami/Isteri pemandinya suami/isteri(harus)

  • Ayah/Ibu pemandinya anak lelaki/perempuan dan mahram

  • Anak lelaki/perempuan pemandinya ibu/bapa/mahram

  • Kanak-kanak pemandinya lelaki/perempuan/ibubapa

  • Khunsa musykil pemandinya lelaki/wanita
Keperluan Memandikan Jenazah
  1. Tempat mandi

  2. Alas (tempat letak mayat)

  3. Baldi serta gayung(bekas air)

  4. Air mutlak(bersih)

  5. Sabun mandi

  6. Sarung tangan, penutup mulut(jiak perlu)

  7. Kain basahan

  8. Kain gantian

  9. Kapur Barus & Daun Cendana

  10. Sedikit kapas

  11. Kain pengelap

  12. Klorox(HIV)

Sebelum memandikan mayat pastikan dahulu kubur sudah digali dan peralatan mengkhafankan mayat telah disediakan.

Persediaan Memandikan Jenazah

  1. Terlebih dahulu hendaklah disediakan air mandi air mutlak.
  2. Menyediakan campuran air dengan paur barus dalam satu bekas berasingan.
  3. Sediakan kain basahan 2 helai untuk tutup badan mayat semasa membasuh.
  4. 4 helai kain basuh untuk gosok mayat bersaiz kecil untuk tutup tangan 12"x12".
  5. Sehelai kain angkat menutup mayat selepas mandi.
  6. Meletakkan mayat di atas tempat mandi dan ditutup dengan kain atas badan kecuali muka.
  7. Tempat mandi hendaklah terlindung dari pandangan orang ramai.
  8. Digalakkan memakai sarung tangan atau pembalut tangan.
  9. Pemandi sekurang 2 orang di bahagian kiri dan kanan mayat(sebaiknya 6 orang).

Beristinjak Pada Mayat:

Istinjak hendaklah dilakukan pada mayat dipermulaan sebelum kerja memandikan jenazah.

Cara Beristinjak:

  • Meratakan air sekali keseluruh badan mayat memadai sekali kemudian istinjak.

  • Angkat bahagiaan dada/kepala untuk tujuan mengeluarkan kotoran dalam perut dengan menekan perut secara perlahan.

  • Menyucikan bahagian dubur dan alat sulit, dilakukan oleh seorang yang berdiri di bahagian bawah dengan tangan kiri bersarung kain sebanyak 3 atau 4 helai.

  • Sentiasa dialirkan air semasa menyuci sehingga bersih tiada kesan kotoran pada kain.

  • Keluarkan kotoran yang berada dalam mulut, semua ini dilakukan dengan menggunakan kain alas agar tidak tersentuh aurat.

  • Basuh serta gosok dengan air dan sabun secara perlahan-lahan seluruh badan.

  • Bersihkan bahagian mulut/gigi, lubang hidung, lubang telinga, celah ketiak, celah jari tangan dan kaki, celah kuku dan rambut.

  • Kemudian bilas dengan air bersih pada selruh tubuh mayat.

  • Maka selesailah melakukan istinjak pada mayat, kemudian barulah dimulakan kerja untuk memandikan jenazah.

Cara Memandikan Jenazah:

Seterusnya barulah dimulakan aktiviti memandi jenazah setelah selesai istinjak.

  • Setelah selesai istinjak, mayat dibilas dengan air bersih sambil pemandi membaca lafaz niat memandikan jenazah.

"Sahaja aku memandikan jenazah(lelaki/perempuan) kerana Allah Taala".

  • Kemudian meratakan air ke seluruh anggota badan dari depan ke belakang dalam keadaan mayat terlentang.
  • Kemudian diiringkan kiri dan kanan untuk pastikan air sampai keseluruh bahagian.
  • Selepas itu siram dengan air kapur barus dahulukan dari atas ke bawah dan kanan ke kiri.
  • Kemudian disunatkan mewudukkan mayat, lafaz niat seperti:

" Sahaja aku berniat mewudukkan jenazah(lelaki/perempuan) ini kerana Allah Taala"

  • Cara mewudukkan jenazah ini dengan mencucurkan aie ke atas jenazah bermula dari muka dan akhir dengan kaki seperti mengambil wuduk biasa.

Apabila selesai memandikan jenazah tiba pula urusan untuk mengkafan jenazah.

Hukum-Hukum:

  • Mandi jenazah - wajib
  • Niat mandi - sunat
  • Niat wuduk jenazah - wajib
  • Wuduk jenazah - sunat

Jenazah yang tidak sempat mandi wajib tidak perlu dimandikan wajib cukup dengan dimandikan jenazah sahaja.

Bilangan pemandi sekurang 4orang dan terbaik 6 orang.

penyucian badan jenazah belum dikategorikan dalam mandi jenazah ia masih dalam bab penyucian.

Mandi jenazah ialah selepas bab penyucian.

Kapur barus, air mawar, sabun, kapas, minyak atar adalah sunat. Air mutlak adalah wajib.

2. MENGKAFANKAN MAYAT

Maksud Kafan

Kafan ialah menutupi tubuh mayat dan hukumnya adalah wajib.

Sebelum mayat dimandikan terlebih dahulu semua alat kelengkapan kafan hendaklah disediakan dengan lengkap ditempatnya.

Bahan Kafan:

  1. Kain kafan(putih)
  2. Kapas (dua gulung kapas bagi jenazah biasa dipotong 4 keping panjang 21/2 kaki dan potong 10 /12 keping panjang 1 kaki)
  3. Kapur barus, cendana untuk di taburkan dan dicampur pada setiap lapisan kain kafan.
  4. Minyak atar
  5. Tikar
  6. Tali ikat kafan
  7. Plastik lutsinar untuk HIV

Kain atau bahan yang boleh menutupi mayat tidak semestinya kain, boleh dengan bahan lain mengikut keadaan dan keperluan. Kain pula tidak semestinya putih, hanya sunat tetapi digalakkan dengan kain putih.

Menyediakan Kafan Untuk Mayat Lelaki

Kain wajib berlapis, tiga lapis kain luar(jadikan ganjil; sunat & afdal), panjang melebihi tubuh mayat satu hasta (2 kaki) di bahagaian kaki dan kepala. Ambil ukuran panjang mayat terlebih dahulu.

Tali pengikat 5 helai dikoyakkan dari bahagian tepi kain kafan selebar satu inci. 4 helai sepanjang 1 depa diikat 3 helai di bahagian badan dan setiap 1 helai untuk ikat (puchong) kepala dan kaki.

Cara pakaiannya adalah sunat samada baju atau serban.

Menyediakan Kafan Untuk Mayat Perempuan

Kain wajib berlapis, lima lapis terdiri daripada 2 lapisan panjang melebihi panjang mayat di kepala dan kaki 1 hasta, 1 lapisan kain panjangnya dari pinggang ke kaki, 1 lapisan kain untuk kain dari bahu ke lutut, dan 1 helai kain untuk telekung iaitu 1 1/2 meter panjang.

Tali pengikat sebanyak 5 helai di koyak dari tepi kain kafan selebar satu inci, 3 helai untuk ikat badan dan setiap satu untuk ikat pochong di kepala dan kaki.

Apabila semua sudah lengkap, selepas itu bolehlah menguruskan pula mayat untuk dimandikan.

Cara Meletakkan Kain & Kafan Jenazah

Bentangkan tikar.

Letakkan tali pengikat sebanyak 5 helai untuk ikat bahagian kepala, dada, perut, peha dan kaki.

Letakkan lapisan kain mengikut turutan:

  • Jenazah lelaki: 3 Lapis kain menutup seluruh badan.
  • Jenazah perempuan: 2 lapis kain menutup seluruh badan
  • Telekung/tudung
  • Baju
  • Kain dari pinggang ke buku lali

Letakkan kapas memanjang di atas kain dan disusun/letak untuk di bahagian bawah tubuh jenazah.

Letakkan jenazah yang sudah dimandikan atas kain kafan.

Tutup badan mayat dengan kapas satu persatu disetiap bahagian/sendi badan.

Mula dibungkus dengan kain pertama.

Kafan Mayat Lelaki:

Kain pertama adalah sebagai baju mayat, caranya kain pertama dilipat dua dan dibuat lubang untuk bahagian kepala di tengah dan disarungkan ke badan mayat dengan kemas.

Kafan Mayat Perempuan:

Pakaikan tudung/telekung dengan kemas (rujuk dengan yang pakar).

Kemudian lipatkan setiap satu kain untuk menutup seluruh badan, hendaklah dilakukan dari kiri ke kanan hingga semua selesai menutup badan mayat.

Kemudian mula untuk mengikat badan mayat dengan cara ikatan simpul hidup diikat di sebelah kiri badan, ini supaya apabila mayat dikebumikan dalam liang tali tersebut dapat dilonggarkan setelah badan/muka dihadapkan ke arah kiblat.

Untuk ikata puchong di bahagian kaki/kepala, setelah diikat kain yang lebih itu digulung ke arah ikatan(jika perlu).

Setelah semuanya selesai kemudian direnjis mayat dengan air mawar atau sapu dengan minyak atar pada kain.

3. MENSOLATKAN MAYAT

Hukumnya adalah Fardhu Kifayah, dikerjakan secara berjemaah sekurang-kurangnya 2 orang dalam satu saf jka demikian harus dilakukan dalam tiga saf.

Bagi orang wanita boleh bersama dengan orang lelaki melakukan solat ini.

Tempat solat boleh dilakukan dimana-mana dengan syarat ianya bersih dan luas untuk berjemaah.

Syarat-syarat mengerjakan solat jenazah:

1. Beragama Islam

2. Berada dalam suatu tempat tertentu.

3. Jenazah telah siap dimandikan atau di Tayammumkan.

4. Jenazah berada dihadapan jemaah.

5. Bukan yang mati syahid.

6. Anggota yang disolatkan hendaklah dari bahagian anggota yang besar.

Kedudukan imam dan jenazah

Jenazah lelaki:

Kepalanya disebelah kiri imam dan imam berdiri di bahagian kepala jenazah.

Jenazah Perempuan:

Kepalanya disebelah kanan imam dan imam berdiri searah dengan bahagian tengah badan jenazah.

Rukun Solat Jenazah

Dilakukan bediri dengan takbir sebanyak empat kali tanpa rukuk dan sujud serta tidak perlu azan dan qiamat.

1. Niat

2. Qiyam (berdiri betul)

3. Takbir 4 kali termasuk Takbiratul Ihram.

4. Membaca Surah Al Fatihah selepas takbir pertama.

5. Selawat ke atas nabi Muhammad S.A.W selepas takbir yang kedua. (dibaca selawat sama seperti tahiyyat akhir hingga habis)

6. Doa khusus bagi mayat selepas takbir yang ke tiga. (bukan rukun cuma sunat jika dilakukan)

7. Salam selepas takbir yang ke empat, hendaklah membaca doa(sunat) dan memadai dengan salam pertama.

Lafaz niat solat jenazah:

" Sahaja aku berniat mendirikan solat ke atas jenazah ini dengan 4 takbir fardhu kifayah kerana Allah Taala"

4. PENGKEBUMIAN MAYAT

Waktu Pengkebumian Mayat:

Jika meninggal waktu pagi hendaklah dikebumikan sebelum terbenam matahari.

Jika meninggal di waktu petang hendaklah dikebumikan pada keesokkan hari.

Makruh jenazah dikebumikan diwaktu malam.

Cara-cara:

  • Diusung oleh lelaki
  • Dibawa edngan hormat
  • Berjalan tidak terlalu perlahan atau terlalu cepat.
  • Didahulukan kepala jenazah
  • sebelum keluar rumah disunatkan membaca 3 kali Al-Fatihah setiap langkah

Penyediaan lubang kubur:

Membuat liang lahad untuk memuatkan jenazah jika tanah keras, untuk tanah yang peroi memadai dibuat seperti parit dan jika tanag berair boleh ditanam dengan keranda sekali.

Cara menurunkan jenazah:

  • Mendahulukan kepala jenazah,
  • Sunat membaca doa,
  • Wajib menghalakan kepala jenazah menghadap arah kiblat
  • Meletakkan mayatbahagian kanannya di bawah dalam keadaan mengiring.
  • Di buka ikatan kain kafan dan di selak kain di pipi/mukanya.
  • Wajib menutup mayat dengan papan
  • Ditimbus dengan tanah secara hormat
  • Disunatkan meninggikan tanah melebihi dari aras biasa.
  • Sunat diletak sesuatu sebagai tanda untuk kepala dan kaki kubur.

Amalan sunat setelah dikebumikan jenazah:

  • Menjiruskan air ke atas kubur
  • Duduk sebentar di sisi kubur untuk berdoa kepada si mati.
  • Membacakan talkin

Tanggung jawap waris terhadap jenazah:

Membayar hutang dan meminta pemiutang menghalalkan

Menunaikan wasiat jika tidak ditunaikan oleh waris terdekat adalah berdosa.

Menbayar fidyah, menggantikan solat dan puasa si mati yang tidak tertunai dan tidak sempat mengqada nya.

SEKIAN.