Friday, June 21, 2013

Sabar Yang Panjang

YA ALLAH....ada ketikanya aku tidak mampu menolak takdir walaupun segunung usaha telah dilakukan. Sabar adalah ajaran dan suruhan Mu yang sememangnya amat kuat dan hebat, ada kalanya manusia itu rapuh mencabar diri. Hebatnya dugaan Mu ada ketikanya menakutkan, mengoncang haluan, menerkam keyakinan malah mengecil, menyendirikan dan terpencil dalam masyarakat. Laluan sabar yang panjang dalam kesunyian teman dan sahabat terus meninggal pergi melata menerkam peluang, namun aku masih di sini.

Aku berbeza, tidak berada tidak dipandang, kegagahan antara kuat dan lemah cuba merubah yang ada namun tahu kehebatan diri tidak sama dan nasib manusia berbeza-beza. Ketika rapuh aku biarkan sebulatnya kepada Mu, aku mengeluh rasa, bukan semua termampu, yang hebat kerana yang tersurat dari tersirat adalah rahsia besar sememangnya luar upaya dan rapuh mengetahui semuanya.

Berlalu bersama usia, dalam jangka antara perlu dan tidak, melemparkan diri bersahaja dinilai penuh dalam kepentingan hasil untung pulangan berganda, aku terus redah bersahaja dinding mana yang tertembus. Pengalaman dinilai rakus tanpa sedikit faham atau berani untuk cuba menerima seadanya, sopan aku tidak bermakna bagi kapitalis yang hebat, kerja aku menerima penjurian berbeza jangkaan mereka untuk merasa peluang ataupun tidak. Projek dunia dan kerja manusia itu dipandang utama, tetapi aku terasa terkena bilasannya, dinilai tidak seluas ilmu tetapi semuanya bukan ada tumpangan manusia sekecil aku.

Semoga tiba hari ini dan masa menuai hasil dari kepayahan, kesabaran dan kekurangan. Pandangan sisi kalian tiada rasa lagi dalam hati, aku redha biarlah mereka menilai, rezeki adalah pemberian, aku akui tidak sekali mendabik dada megah...ianya bukan aku. Aku rapuh dan kerdil, usaha ini aku turuti semampu ada dari rahsia-rahsia, petunjuk dan keyakinan. Redha waktu berlalu juga dalam kurang berada, namun diri digagahkan jua mengisi membina diri maju bersama.

Bersedia kepada professional, melihat dan bergerak mencapai misi diri dan visi kami untuk membangun gagah dan kukuh bersama-sama di kedepan hari. Inovasi tunjang membawa perubahan terus kehadapan, bersama kreativiti merangsang pembaharuan membina cerdik kerja dalam kemajuan. Objektif makin hampir terpasak mencapai harapan, yang terpendam moga terlihat dan termakbul megah pada projek mercu tanda kerja yang gagah menjadi saksi dan bukti bahawa aku akan berjaya dari kesabaran yang panjang... insyaAllah.




Monday, February 25, 2013

Menjaga Apa Yang Ada

Adakalanya kita harus memikirkan jangkaan terhadap perkara masa hadapan yang mungkin berlaku walaupun kita tidak mahu keburukkan dalam hidup. Ini sebagai peringatan memberi kesedaran agar sentiasa mengambil tindakkan sepatutnya. Sememangnya kita tidak mahu ini berlaku namun sudah ada pelan reda pada qada dan qadar Tuhan. Sejarah silam mengajar dari kegagalan dan masalah, semuanya bukan diminta tetapi boleh kembali berlaku dengan cara berlainan. Keinsafan dahulu dan kesedaran kini hanya untuk kebaikkan kini dan masa hadapan, kita tidak mampu melawan takdir tetapi kita mampu mohon dihindarkan. Kenal kekuatan dan kelemahan diri bertujuan untuk mendekati dan mencari hikmah disebaliknya.  Sesungguhnya apa yang ada kini cukup rasa syukur tidak sekali dilupakan sebagai rasa tanggung jawap atas apa yang lebih dan kurang. Hanya doa dan keberkatan dipohon atas yang baik semasa hidup, sentiasa terpelihara berada di bawah perhatian dan pertolongan dijauhi keburukkan.  Akhirnya dapat merasa keistimewaan dan kejayaan hidup.