Tuesday, June 7, 2011

WADAH BERKUMPULAN.

Setiap manusia akan bersahabat dan berkumpulan, ini tidak dinafikan adalah keperluan bagi semua manusia yang hidup, selagi kita hidup selagi itulah kita akan berteman, berkawan, berkeluarga, bersaudara seterusnya bermasyarakat dan berjemaah. Kita adalah individu, jemaah dan ahlinya. Dalam kehidupan, manusia akan sentiasa berhubung dan berinteraksi, mustahil jika hidup seorang diri dan berjaya tanpa memerlukan orang lain. Prinsip kehidupan adalah bermasyarakat, berkerja dan berkomunikasi demi mencari keperluan hidup. Oleh itu, semua manusia akan melakukannya untuk diri sendiri, keluarga, kumpulan dan apa juga organisasi.

Berlakulah perbagai aktiviti dalam hidup, semuanya mendorong kita saling untuk tolong-menolong dan berkerjasama, seterusnya berlakulah perkongsian dalam hidup. Perkongsian berlaku dalam pelbagai cara, samada kemahiran, tenaga, teknologi, kebijaksanaan dan kepimpinan. Silaturrahim adalah asas persaudaraan sesama manusia untuk mencapai kata sepakat dan kerjasama. Manusia memerlukan persefahaman dan persetujuan bersama untuk kejayaan dan mencapai kecemerlangan. Dari asas inilah hasilnya untuk dinikmati oleh semua individu, kumpulan atau syarikat.

Tindakkan dalam melaksanakan aktiviti berkumpulan atau berorganisasi memerlukan ikatan kata sepakat bagi menjana kecemerlang dalam pengurusan kerja dan hidup. Sentiasa dalam jemaah akan memberi impak besar jika dilaksanakan. Dengan azam dan inovasi diri, kita harus berani merubah keadaan untuk melangkau kelemahan diri demi kehidupan yang lebih bermakna. Sentiasa pasif dan nagetif dalam zon selesa ataupun berada dalam acuan lama harus diubah dengan kesedaran akal, keberanian hati dan keyakinan diri.

Kurangkan sempadan sifat malu untuk yang sepatutnya serta jangan terlalu merendah diri sehingga kita gagal, buktikan siapa diri kita yang sebenarnya, kongsikan kehebatan dan ilmu yang ada untuk merasai rezeki di bumi Allah ini, semuanya terlalu luas untuk diterokai maka terpulangah kepada kebijaksanaan kita untuk merubah batu menjadi berlian atau helaian ringgit menjadi jutawan. Apakah kita selesa bersendirian disepanjang hidup hanya berbangga dengan piramid purba?.
Tahniah kepada yang memahami wadah berkumpulan....