Timbulnya masalah dan tuduhan terbaru dalam isu beliau meliwat seorang pemuda berumur 23 tahun telah meletakkan dirinya pada badi fitnah berulang kembali seperti tahun 1998, zaman kejatuhan era politiknya di bawah kuasa kerajaannya sendiri. Sebagai manusia biasa, Anwar berhak untuk marah, melawan dan mempertahankan maruah diri serta keluarganya. Beliau masih waras dan masih lagi ada kesabaran dalam menahan serangan bertubi-tubi dari musuh politknya yang tidak putus-putus dari setiap peringkat.
Ramai irihati dengannya, kecekalan semangat yang ada dalam diri Anwar sentiasa meneruskan perjuangan telah mendapat tempat dihati rakyat. Pengalaman yang luas jatuh bangun dirinya dalam politik sudah cukup menjadi bekal dan tidak kira apa rintangan yang datang beliau tetap istiqamah menghadapinya. Malah telah terlihat sinar-sinar kejayaan bakal muncul dan boleh dimilikinya cuma menunggu waktu yang sesuai untuk beliau meniti puncak kejayaan.
Musuh-musuhnya tidak senang dengan kejayaannya, bagi mereka Anwar mesti dilenyapkan terus dari dunia politik tanahair, tetapi apakan daya Anwar tetap Anwar, sifat melawannya cukup tinggi biarpun dari dikelilingi jeriji besi, di belakang tembok batu, nyawa setengah mati, ditelanjang bogel tetapi selagi beliau bernyawa, tidak dapat hari ini hari esok, tidak minggu ini minggu depan, tidak bulan ini bulan depan, tidak tahun ini tahun depan...ANWAR LAWAN TETAP LAWAN !!. Itulah kata-kata keramat yang menjadi azimat yang tergenggam erat dalam dirinya kalau namanya untuk berundur dan mengalah sebelum berjuang itu bukanlah prinsip perjuangan seorang bernama Anwar!
Tuduhan meliwat bukanlah sebarang tuduhan, ini satu tuduhan luar tabii manusia seumpama kerja binatang, lebih hina dari membunuh, lebih hina dari merogol, lebih hina dari bergundik dan lebih hina dari sex bawah umur. Binatang sekalipun tidak menerjah mangsa dari jantina yang sama melepas nafsu buasnya, inilah satu-satunya cara tuduhan yang boleh menjatuhkan dan mematikan terus peribadi seseorang. Semuanya kerja gila, kerja orang terdesak, kerja orang tidak beriman yang lupa undang-undang dan hukum hakam agama. Agama dan Al Quran tidak ada dalam diri mereka, yang penting nafsu serakah untuk mencapai hajat lebih penting dari segalanya.
Berilah Anwar ruang dan peluang untuk melawan fitnah yang datang, biarlah dirinya menentukan sendiri akan kebenaran sebenarnya, seseorang yang tidak melakukan tuduhan tidak harus takut menghadapinya, seandainya kita takut sudah pasti selama-lamanya di dunia kita akan dituduh melakukannya. Anwar boleh melawan fitnah ini dengan tindakkan perundangan mempertahan diri di mahkamah kelak, Anwar boleh menjelajah seluruh negara, Anwar boleh menerangkan kepada seluruh rakyat Malaysia kerana beliau ada hak sebagai rakyat dan sebagai mangsa fitnah. Beliau juga tahu akan azab bakal diterimanya sekiranya beliau berdusta.
Ada juga suara-suara yang meminta beliau bersumpah dengan Al Quran, lihatlah begitu jauh sekali harapan rakyat mahu melihat Anwar tidak melakukan tuduhan itu. Ini bukanlah cadangan yang baik, kerana masih ada ruang untuk menyelesaikan masalah ini. Kenapa kita begitu mudah meletakkan Al Quran menjadi bahan politik dan permainnan dalam isu ini, seharusnya kita tidak mudah melatah dengan cadangan ini.
Pasti Allah juga tidak suka manusia begitu mudah mempermainkan kitabNya untuk tujuan yang tidak sepatutnya dan bukan juga tujuan utamanya Al Quran diturunkan. Ceritanya selepas selesai acara bersumpah nanti setiap diri yang memegang Al Quran dengan lafaz tertentu itu dikatakan akan menerima azab jika tidak berkata benar, itu kita tidak nafikannya tetapi biarlah kita berfikiran lebih rasional berhubung kitab Allah ini untuk tujuan yang lebih penting.
Al Quran sebagai panduan hidup manusia di dunia dan akhirat dan wajib untuk dihayati ayat-ayatNya untuk dilaksanakan. Sebalik jika kita salah gunakan Al Quran dengan tujuannya, kita semua juga akan terima balasan Allah kerana tidak menjaga ketinggian kedudukan Al Quran itu sendiri. Wajib kita melaksanakan ajaran Al Quran barulah segala masalah fitnah memfitnah ini tidak timbul dalam masyarakat islam, kita wajib kembalikan diri kita kepada ajaran Allah.
Dari perkembangan terkini, baru-baru ini telah timbul akuan sumpah bersumpah oleh beberapa individu tampil memberitahu bukti-bukti baru berkaitan isu pembunuhan Altantuya, akuan Raja Petra Kamaruddin dan P. Balasubramaniam telah memberi impak baru terhadap kes ini. Dilihat Anwar juga terkena kaitan isu ini, ada cerita dan berita baru di sebalik isu ini dan tidak dinafikan memang ada kait mengait untuk membuktikan siapa yang lebih benar. Keadaan semakin komplek untuk diuraikan tetapi dua VIP ini terus tampil menafikan tuduhan ke atasnya. Yang pasti hari-hari berlalu secara sedar atau tidak, kebenaran tetap hadir menyebelahi mereka yang benar.
Suasana masih belum segawat dan seteruk mana, masih boleh dikawal dan diselesaikan dengan undang-undang yang ada, tidak perlu kita kecoh dengan cabaran sekecil ini. Yang paling penting harus diperbetulkan ialah diri manusia yang sudah tidak ada Islam dan Quran dalam dirinya.Biarlah masalah ini mereka menyelesaikannya dahulu, dan kepada para Mufti dan Ulamak perlu memantau membetulkan dan memberi panduan sekiranya bertambah kusut.
Mohon para Mufti dan Ulamak tidak begitu cepat memberi komen dan mengeluar kenyataan tanpa ada perbincangan sesama mereka terlebih dahulu, kerana jika mereka tersilap langkah mereka juga boleh diheret sama untuk dipolitikan oleh politikus yang tidak bermaruah.
Saiful...kononya mangsa liwat boleh melambaikan tangan, memalukan diri sendiri di khalayak ramai. Bangga...membuat tuduhan bodoh kena liwat!
1 comment:
Saya rasa mungkin jika Anwar benar-benar mahu berjuang dengan ikhlas, dia mungkin kena mengorbankan cita-citanya untuk menjadi Perdana Menteri... Mungkin dia kena menjadi co-pilot sahaja dan mungkin meletakkan calon PAS sebagai calon PM...
Tak tahula, mungkin cara ini lebih berkesan untuk membentuk kerajaan baru...
Post a Comment