Cuba kita lihat perancangan masa depan bandar Mekah, tempat orang islam menunaikan rukun islam ke lima akan berubah wajah menjadi bandar besar yang megah dengan mercu tanda baru serta bangunan konkrit yang akan mengelilingi Ka'abah.
Dengan kemewahan yang tuhan berikan kepada negara Arab, apakah perlu dilakukan pembangunan yang begitu berprestej? Apakah kita akan lebih selesa dengan perkembangan ini dimasa depan. Disebalik kemudahan yang disediakan untuk para jemaah yang semakin bertambah mencecah jutaan orang, tetapi haruskah kita membangunkan sehingga mejadikan hati para jemaah menjadi tidak khusyuk menunaikan kerja haji.
Sememangnya perlu disediakan kemudahan untuk mempermudahkan urusan kerja haji tetapi apakah akan terjadi dengan segala kesan peninggalan sejarah warisan Rasul dan agama Islam hilang dari tujuannya untuk menjadikan bumi Arab asas perkembangan umat Islam.
Ibarat seperti pergi melancung ke kota kemewahan boleh dimegahkan untuk dinikmati di sebalik tujuan asalnya adalah untuk mendekat diri kita di rumah ALLAH serta merasai kenikmatan perjalan haji yang mabrur.
Kesan peniggalan sejarah tamadun islam yang dibawa oleh Rasullullah pasti akan lenyap seandainya pembanggunan kota baru ini tidak diurus dengan kesedaran mempertahankan keagungan Islam dan juga Masjidil Haram. Dimanakah harus kita rujuk sekiranya tempat yang penting ini akan hilang aura dan tujuannya.
Sekadar berkongsi cerita ini disebalik kemajuan kota Mekah untuk sama-sama kita fikirkan, untuk cerita lebih lanjut boleh lawati tulisan blogger Ibnu Hasyim yang telah memaparkan cerita disebalik kota Mekah ini di bawah tajuk Pembangunan Saudi Hapuskan Jejak Rasul.
No comments:
Post a Comment