Sunday, November 8, 2009

Negeri Sembilan juara PIALA MALAYSIA...tetapi...


Tahniah untuk Negeri Sembilan menjuarai Piala Malaysia tahun ini, setelah sekian lama mencuba akhirnya hasrat terlaksana juga akhirnya, dan yang lebih bertuah sekali sudah tentunya Taunku Yam Tuan Besar Negeri Sembilan, Tunku Mukhriz. Ini adalah hadiah teristimewa untuk Tuanku dengan tuah bermakna dalam permulaan mejalankan tugas sebagai ketua Negeri Adat beraja di negeri adat pepatih ini.

Diharapkan inilah tanda-tanda positif di atas perlantikkan beliau mengetuai Negeri Sembilan dan diharapkan akan lebih banyak kejayaan untuk Negeri Sembilan semasa di bawah pemerintahan tuanku. Tidak dinafikan dengan tertabalnya Tuanku Mukhriz sebagai Yam Tuan Besar yang baru, rakyat cukup bergembira dengan beliau dan lebih disenangai oleh ramai rakyat Negeri Sembilan.

Detik bersejarah untuk rakyat negeri tercatat malam ini dengan kejayaan membawa Piala Malaysia ke Negeri Sembilan sebagai hadiah untuk rakyat keseluruhannya. Tahniah juga untuk semua pemain dan barisan pengurusan bolasepak Negeri yang melakar kejayaan malam ini.

Walaupun masih kurang berpuas hati dengan mutu permainnan bolasepak di Malaysia yang masih ditahap kurang memuaskan jika dibandingkan segala kemudahan sukan begitu baik dan setaraf dengan negara barat. Kedudukan negara Malaysia yang jauh ketinggalan dalam ranking dunia jika dibandingkan dengan penglibatan Malaysia yang begitu lama terlibat dengan pembangunan bolasepak sebaris dengan pasukan seperti Jepun dan Korea, namun kita tidak jauh maju seperti mereka.

Malah kita terus ketinggalan dengan negara kecil yang pernah menjadi belasahan kita di sekitar tahun 60an dan 70an dahulu. Sebaliknya mereka telah berjaya berada dalam kelompok pasukan bolasaepak yang berjaya bersaing dalam Piala Dunia, seperti negara Ghana dan negara Arab. Rasa malu memang tidak boleh dielakkan oleh seluruh rakyat Malaysia, selepas pengurusan persatuan yang diambil alih oleh kalangan eksekutif beraja tetapi keruntuhan bolasepak begitu banyak kecacatan dan peristiwa hitam menjadi sejarah.

Bukan saya terlalu menyokong atas kejayaan Negeri Sembilan menjuarai Piala malaysia tetapi yang lebih penting untuk kita adalah kemajuan boasepak negara sepatutnya sudah berada lebih jauh dan berjaya dari hari ini, soal kualiti masih dipandang rendah oleh peminat bolasepak. Jadi ada baiknya jika kesedaran yang sudah berulang kali ditegur dilakukan perubahan total dalam kepimpinan bolasepak negara jika masih berniat untuk menjejak jauh ke peringkat antarabangsa.

Negara jiran seperti Thailand sudah memulakan tindakkan menggunakan jurulatih seperti Bryan Robson seorang nama besar dalam sukan ini di Eorpah dan dunia, tetapi bagaimana dengan kita masih tidak mempunyai percaturan dan mawasan melakar kejayaan bolasepak negara. kita bandingkan juga dengan negara Vietnam, Kemboja, Indonesia mereka semakin terurus dalam bolasepak.

Untuk pasukan Kelantan tahniah juga, cuma sikap tidak profesional peminat seringkali mencacatkan nama baik pasukan negeri di bawah kepimpinan ulama. Sebaliknya masih dilihat sikap media masa yang lebih berminat memainkan dalam sudut politik yang tersembunyi, melebihkan nama Anuar Musa atas dasar melebarkan simpati pengaruh politik pihak tertentu.

Inilah bolasepak Malaysia segalanya tidak lari dengan kedudukan dalam politik peribadi mencari nama dan kedudukan peribadi, hasilnya kita lihat keruntuhan bolasepak negara begitu merudum di peringkat dunia. Perubahan perlu dilakukan untuk kejayan masa depan ini agar gemilang kembali seperti zaman Ghani Minhat hinggalah ke zaman Mokhtar Dahari.

SYABAS NEGERI SEMBILAN..!!

No comments: