Wednesday, December 23, 2009

BERCUTI KE TERENGGANU

KUALA TERENGGANU
ISTANA MAZIAH

Pengalaman bercuti di K.Terengganu sungguh menarik selama empat hari tiga malam berada di sana walaupun melalui perjalanan yang panjang dari KL pergi dan balik tetapi terasa berbaloi dapat mengenali tempat-tempat menarik di sekitar K.Tganu. Satu hari untuk perjalanan datang dan sehari untuk perjalanan pulang, dan selebihnya untuk melawat sekitar K. Trengganu.
BATU BUROK BEACH RESORTBerbelanja dan membeli buah tangan untuk dibawa balik terasa kepuasan pada kami sekeluarga, dengan sifat peramah orang di sana
serta menikmati keindahan alam sekitar dan persisiran pantai yang mampu menenangkan fikiran cukup terasa bebas seketika dari
hutan batu di bandaraya KL. Terpegun melihat masjid-masjid yang tersergam indah dalam jumlah yang banyak merangsang saya mengambil gambar untuk koleksi dan rujukkan senibinanya.


Melalui perjalanan selama enam jam dan merentasi daerah-daerah serta bandar-bandar utamanya dilihat telah banyak berubah dan membangun dengan pesat. Mungkin ini adalah hasil yang patut dimiliki oleh negeri Terengganu atas hasil rezeki minyaknya untuk dikongsi bersama dengan rakyatnya, ini berbeza sebelum sepuluh tahun yang lalu mungkin ini juga kesan perubahan politik negara. Kemudahan yang tersedia cukup memuaskan hati orang luar yang datang, gerai makanan yang banyak dan mudah didapati serta menyelerakan, harga barangan yang berpatutan, tanda arah yang jelas ke tempat-tempat menarik dan keadaan bandarnya yang tenang walaupun terdapat kesesakkan yang masih terkawal.
PETRONAS
Pasar Payang, Keropok Losong, Muzium Negeri, Istana Maziah, Pantai Batu Burok, Dataran Syahbandar, Pusat Kebudayaan Islam, Arfa Kraf , Masjid Terapung, Bukit Puteri, semuanya itu tempat menarik yang telah dilawati. Walaupun dalam keadaan hujan yang bertukar panas dan hujan kembali tidak menghalang kami memenuhi waktu yang ada dengan aktiviti-aktiviti melawat di sekitar K.Tganu. Pantai yang agak kuat berombak membuatkan anak saya tidak sampai hajatnya untuk mandi hanya sekadar berjalan-jalan dan menikmati tiupan angin laut yang kencang.
Meninggalkan Terengganu pukul 11.00 pagi, terasa lapang fikiran dengan kepuasan yang berbaloi membuat keputusan bercuti ke negeri Pantai Timur untuk tahun ini. Melewati pekan Kertih memberi gambaran yang jelas akan keadaan sebenar pusat memproses minyak Petronas, kawasan yang luas melihat api yang keluar dari serombongnya memberi pengetahuan baru untuk anak saya mengenali lebih dekat berkenaan petroleum. Kertih yang dikenali bandar minyak negara mempunyai daya penarik yang tersendiri, serta deretan rumah pekerjanya yang serba lengkap membezakan kualiti hidup antara orang tempatan dengan pekerja Petronas. Terlalu sedikit kekurangan untuk diberitahu berkenaan negeri Terengganu, keseluruhannya cukup memuaskan hati dan tidak terdapat masalah kepada kami semasa berada di sana. Dalam perjalanan pulang kami singgah sebentar di Pantai Cherating untuk melihat kawasan sekitar setelah sekian lama tidak dilawati hampir 17 tahun lalu. Keadaanya yang santai serta ramai pelawat dari luar dan pelancung asing sememangnya menjadi tempat tumpuan, namun keadaanya sekitar masih sama dan mengekalkan konsep penginapan ala tempatan kepada pelancong.

Seterusnya kami menyusuri ke bandar Kuantan melawat serta bersiar-siar seketika dan melihat pantai Teluk Cempadak. Memasuki negeri Pahang cuaca lebih kerap hujan di sepanjang perjalanan pulang, kami menuju ke Negeri Sembilan untuk bermalam di kampung. Akhirnya kami selamat sampai di kampung pada pukul 10.00 malam setelah merentas Terengganu dan Pahang hingga ke N. Sembilan, kami memberi buah tangan dari Trengganu kepada ahli keluarga.Kepuasan dapat dirasakan oleh anak kami setelah menghabiskan cuti sekolah hujung tahun sebelum datangnya tahun baru untuk memulakan kelas baru di sekolah.
Keesokkan harinya kami pulang ke Kuala Lumpur dengan rasa selamat dan syukur kepada tuhan kerana tidak berlaku sebarang perkara yang tidak diingini atau sebarang masalah keatas kami. Insyaallah dilain masa jika ada rezeki dan umur panjang kami akan kembali dan bercuti ke negeri Kelantan atau ke Utara untuk cuti-cuti Malaysia seterusnya.

No comments: