Wednesday, March 30, 2011

HATI KITA

Masalah kita ialah dari hati sendiri, kita tidak tahu dan tidak sedar masalah kita adalah dari hati kita sendiri. Tubuh badan kita adalah pada hati disitulah segalanya bermula dan dari situ juga jasad dikenali sebagai peribadi diri. Diri sendiri dibawa dalam jasad yang kita kenalkan dan tonjolkan pada umum dan orang ramai itulah sebenarnya diri kita, kita lihatkan diri sendiri, kita kenalkan diri sendiri dan kita katakan jasad ini adalah saya. Fizikal yang anda lihat, tubuh badan yang anda rasa dan kenal adanya nama diberi, dilihat ramai orang maka bermacam-macam persepsi diri kita. Hati ini adalah pembawaan kita dengan apa yang akan kita lakukan atau lakunkan di depan masyarakat, hati melakukan apa yang kita fikirkan dan apa yang patut kita lakukan.

Fikiran membantu dan mengarahkan hati, terpulang pada hati kita terima atau tidak arahan fikiran, perkara ini siapa yang berkuasa dialah yang memimpin diri dan jasad. Hati dalam diri mencerminkan rupa peribadi kita, adakalanya hati sakit, hati terseksa, hati marah, hati memberontak namun semuanya dijaga dengan akal fikiran. Akal berada lebih atas dari hati tetapi hati adalah segalanya. Baik buruknya hati semuanya bergantung pada diri masing-masing. Hati akan sakit jangan dibiarkan berterusan sakit, hati akan susah jangan biar menyusahkan orang lain, hati yang dengki jangan semakin dengki dan kotor, hati akan dendam janganlah sampai melawan hukum dan alam. Semakin tidak diubati akan semakin parah dan mungkin hancur segala yang ada, juga akan melibatkan segala-gala apa yang mungkin berlaku jika kita masih tidak kenal hati kita sendiri.

Kenalilah hati kita sebelum kita kenal luas apa yang ada di dunia dan juga apa yang kita cari sekarang, agar segalanya tidak diluar jangkaan samada kebaikkan atau keburukkan. Kenal hati adalah untuk kita mengenal diri, kita kenal apa lebih dan kurangnya hati supaya boleh dinilai tahap mana kita duduk dan sejauh mana kita bawa diri. Menilai diri adalah dari hati sendiri, membentuk hati jadi lebih baik dan bersih adalah usaha dan tanggungjawap diri sendiri. Mengubati hati yang sakit adalah wajib, menambah apa yang kurang, membuang apa yang kotor barulah diri kita tahu di mana diri kita. Tercampak ke mana kita tidak akan sesat, terbuang ke mana kita tahu jalan asalnya, biar sendirian sekalipun kita tetap berani, sekuat mana musuh depan kita hati adalah benteng melawan segalanya. Sempurna membersih dan mengenal hati, kita letakkan hati dalam acuannya dan tempat yang sepadan dengan nilai diri kita, seterusnya kita mencari diri dalam dan luar rahsianya.

Mengenali diri menjadi mudah andai hati kita tahu, dari hati itulah adanya kita, itulah jasad saya, itulah perangai saya, itulah perbuatan saya, itulah sifat saya dan inilah fikiran saya. Semuanya apa yang anda boleh lihat kecuali jika ada yang anda tidak melihatnya dengan mata kasar. Kita melihatnya dengan mata hati, diri kita adalah rahsia kita sendiri tidak semua luaran boleh dinilai dangan mata luar, hanya hati berada dalam diri yang mampu menilainya melalui mata hati. Bolehkah hati kita melihat?....hati kita mampu berkata, merasa, melihat, hati juga memimpin diri tetapi setiap yang kita lakukan adalah dari fikiran dan hati kita. Jasad dan perbuatan segalanya akan dinilai dan dibaca oleh sesiapa yang melihatnya, ini pebuatan kita sendiri samada baik laku atau buruk laku itulah diri kita.

Selepas mencari kebaikkan hati dan fikiran seterusnya kita mencari jalan kehadapan kenali tuhan, selepas pasti semua hati kita kenal maka mampulah kita mendekati yang menjadikannya. Siapa kita seterusnya dan kepada siapa kita akhirnya, kita akan memasuki ke alam yang lebih luas dalam persediaan lengkap mesti dengan ilmu dan keimanan, kenali hati dan kenali diri, mencorak fikiran baru dengan yakin bersendinya ilmu tarekat, asasnya hukum syariat, apa adanya pada hakikat dan di mana puncaknya rasa makrifat, maka terbentanglah hukum alam dalam diri ke hati, mendekati satu tujuan hidup sebenar yang harusnya kita tahu. Mengenali hati, mengenali diri dan mengenali tuhan semuanya tidak akan bergerak kalau tidak ada dari niat dihati, tidak akan berjaya tanpanya dengan akal fikiran dan kekuatan ilmu yang bijaksana. Rahsia diri kita adalah dihati dan fikiran bersama roh yang hidup sememangnya ada kesukaran untuk difikirkan.

No comments: