Tuesday, April 15, 2008

SUFIAH.. SIAPA YANG BIJAK

Sufiah!..Sufiah...!Sufiah!...tiba-tiba nama beliau mencairkan fikiran rakyat Malaysia dari isu politik yang panas baran kepada kepada isu akhlak Sufiah. Kejutan demi kujutan berlaku dalam negara kita semuanya memberi pengajaran untuk kita menilai.

Sufiah seorang budak genius suatu masa dahulu tetapi sekarang sengaja terjebak dalam perkhidmatan memberi layanan sex. Beliau menyatakan dirinya sekarang cukup puas dengan apa yang dilakukan dan tidak rasa bersalah malahan amat gembira seolah berada dalam dunia Hollywood.

Ada yang gembira dan tidak kurang juga yang bersimpati, bagi kerajaan Malaysia dengan tiba-tiba sahaja melompat untuk menyelamatkan seorang keturunan Malaysia ini kerana dahulu pernah teruja dengan kebijaksanaannya.

Kebanyakkan rakyat negara ini tidak begitu setuju dengan cadangan kerajaan untuk pergi membantu seorang yang jauh dimata dan tidak dekat dihati ini kerana ia melibatkan kos dan duit rakyat. Kerajaan perlu terlebih dahulu mendapatkan persetujuan dari rakyat agar usaha ini tidak sia-sia malahan pula status akidahnya juga mula dipersoalkan orang ramai di negara ini.

Tidak salah untuk menyelamatkan akidah seorang muslim tetapi harus diingat ramai lagi akidah muslim dalam negara ini yang lebih perlu diselamatkan malahan isu kehilangan kanak-kanak yang hilang juga masih belum dijumpai ke hari ini.
.
Tidak salah seandainya Dato Zahid Hamidi dan Dr Mashitah untuk mempopularkan diri sebagai pasukan penyelamat pergi membantu tetapi adalah lebih afdal seandainya mereka ini pergi atas nama parti UMNO. Seperti telah diketahui dan dicanangkan cuma UMNO sahaja yang terkenal dengan misi memperjuangkan bangsa Melayu dan orang lain tidak mampu mempertahankan maruah Melayu kecuali UMNO sahaja.

Diharapkan dengan kepakaran yang ada pada Datuk Zahid Hamidi boleh juga sekiranya dipinjamkan keris Pemuda UMNO kepada Sufiah untuk dinilai kehebatannya manakala Dr Mashitah yang terkenal dengan isu membenarkan pelacuran semasa darurat bolehlah berjumpa Sufiah berkongsi pengalaman sambil membuat kajian tentang kemajuan industri pelacuran di negara Barat itu mungkin boleh dipraktikkan dalam bab pelacuran semasa darurat ala UMNO ini.

Bagi parti dari Pakatan Rakyat mereka bukannya tidak mahu membantu tetapi cuma kekurangan sumber dan mereka sebaliknya sudah ada tugas besar dalam negara yang perlu dibereskan dan tidak manis sekiranya mereka menyusukan kera di hutan anak sendiri mati kelaparan.

Saya percaya Pakatan Rakyat juga telah ada program tersendiri untuk membersihkan masalah sosial di sekitar Kuala Lumpur dan seluruh negara selepas kemenangan mereka dalam pilihanraya lepas.

No comments: