Thursday, August 28, 2008

DS ANWAR....SETERUSNYA 16 SEPTEMBER !!

Alhamdulillah..... akhirnya kemenangan berpihak kepada DS Anwar Ibrahim dalam pilihanraya kecil Parlimen Permatang Pauh pada 26 ogos 08 yang lalu. Keceriaan terpancar diwajah-wajah rakyat yang menuntut pembaharuan pemerintahan negara Malaysia.

Kesetiaan rakyat bersama DS Anwar Ibrahim tidak pernah luntur berjuang untuk keadilan serta keharmonian hidup, hari ini kita bersama-sama mengguntum senyum dan berlapang hati melihatkan kejayaan yang positif. Bermula hari ini juga adalah titik permulaan untuk Pakatan Rakyat bersama-sama menuju ke Putrajaya di bawah pimpinan DS Anwar Ibrahim.

Syabas untuk DS Anwar Ibrahim di atas kemenangan beliau, walaupun bukan senang bila berhadapan dengan kuasa pemerintah yang lengkap menguasai tenaga dan kuasa yang mampu melakukan apa jua mengikut kehendak mereka. Walau bagaimanapun kuasa keramat adalah ditangan rakyat, rakyat adalah raja, rakyat juga adalah penentu masa depan negara.

Hari itu rakyat telah memilih Pakatan Rakyat untuk mencabar Barisan Nasional, suara rakyat suara keramat, suara rakyat berdaulat akan bergema di Parlimen dan ke Putrajaya. Akuilah hakikatnya Barisan Nasional sudah tidak lagi relevan untuk generasi masa kini.

Rakyat sudah cerdik dan bijak berfikir, sukar untuk diperlekehkan lagi kerana rakyat sudah matang menilai dan tidak akan membenarkan mereka terus manjadi mangsa kerakusan kuasa pemerintah. sedekad dihina....hari ini mantap kembali ke Parlimen.

Mesejnya sudah jelas, perlu dilakukan perubahan dengan kadar segera dan rakyat sudah tidak boleh tahan dengan permainnan politik kotor Barisan Nasional. Pakatan Rakyat sudah menghantar DS Anwar ke Parlimen untuk menyanggah politik kotor yang menjadi ulam mainnan UMNO dan sekutu politiknya.

Rakyat Malaysia hari ini lebih terbuka minda dan hati demi menjadikan negara ini lebih makmur dan harmoni untuk hidup bersama dengan lebih toleransi. Melayu, Cina, India, Kadazan, Bajau dan lain-lain, dari Sabah ke Serawak hinggalah ke Perlis yang menetap di tanah pusaka ini sudah bersedia berkerjasama untuk membangungkan ekonomi dan negara ke tahap lebih maju lagi.

Acuan lama pemerintah sekarang sudah gagal, zaman maklumat tanpa sempadan dan cara berfikir lebih global yang rancak bertemu di alam siber akan mengambil alih corak pemikiran rakyat selepas ini.

DS Anwar Ibrahim satu nama besar dalam arena politik Malaysia dan juga di antarabangsa, beliau telah membuktikan dirinya selama ini bukan mencari kepentingan peribadi, rakyat bersama dalam jatuh bangunnya beliau.

Bermula dihina ketahap yang cukup daif, akhirnya beliau berupaya bangun dari rebah di sel jahanam, terus merangkak gagah, bertongkatkan semangat, berpapahkan azam, bertatihkan kemahuan, terus berlari setapak duka setapak ceria dan akhirnya hari ini menjadi saksi seluruh rakyat Malaysia DS Anwar Ibrahim telah mantap berdiri di dewan mulia Parlimen Malaysia.

rakyat tetap bersama mu...DSAI!

Suara rakyat kembali semakin jelas dan lantang kedengaran di Dewan Parlimen, DS Anwar dekelilingi kawan dan sahabat yang akan sama-sama membantu menerjah suara-suara sumbang dan usul-usul songsang Ahli Parlimen pemerintah. Kubu pembangkang semakin kukuh seteguh banjaran Titiwangsa, DS Anwar sudah bersumpah menjadi Ahli Parlimen dan dilantik sebagai Ketua Pembangkang, sumpah ini bukanlah sumpah laknat politik murahan.

Dalam Parlimen beliau akan bertentang muka dan mata bersama Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri, pasti sukar wajah Pak Lah dan Najib berlindung disebalik kuasanya, yang pasti DS Anwar tidak gentar menghadapi situasi ini.

Pengalaman yang lalu tidak sukar untuk menilai air muka musuh dihadapannya, dengan jelingan sudah cukup untuk mematikan hujah mereka dan akan bertambah yakin bila berhujah dalam Parlimen kerana kebanyakkan yang berada dalam Parlimen hari ini adalah orang bawahan beliau dahulu termasuk Perdana Menteri sendiri.

Kenyataan DS Anwar untuk merubah menjadi Malaysia baru pada 16 September ini jangan lagi diperlekahkan, semua strategi mengikut perancangannya, pihak musuh makin terdesak ada juga yang irihati seperti Tun Dr Mahathir yang tidak pernah mengakui kelebihan DS Anwar yang mampu mengatasi kehebatan dirinya. Usah bicara kehebatan DS Anwar, tidak ada seorang ahli politk yang menyaingi perjalanan pahit manis kejayaannya serta pengaruhnya dalam dan luar negara.

Telah terbukti DS Anwar adalah individu yang mampu menggalas perjuangan Malaysia Baru untuk kembali bersaing dengan dunia luar yang semakin jauh meninggalkan kita. Kita tunggu apa seterusnya berlaku dalam lanskap politik Malaysia, tetapi yang nyata kargo politik DS Anwar Ibrahim mampu mengisi rakyatnya, agama islam, kekuatan ekonomi, keadilan politik, kerajaan bersih dan negara Malaysia untuk dibawa ke angkasa dengan lebih cemerlang.

Pengisian kargo politik DS Anwar semakin mantap dan kemas, semoga setiap yang dirancang mendapat keredaan Allah dan berkat melimpah ke anak cucu kita, dijauhi bala bencana, hidup subur bumi Malaysia, menghijau segar keadilan serta undang-undangnya dan mengagih sumber rezeki sama rata.

Seterusnya menjaga maruah Agama Islam, memelihara kuasa Raja-Raja Melayu, mengangkat maruah bangsa Melayu, memartabatkan kembali Bahasa Melayu dan akhirnya membawa anak-anak kecil hari ini ke masa depan yang ada nilai murni dan makmur hidup sebagai bangsa Malaysia Baru di masa hadapan.



inilah...generasi impian untuk DSAI meletakkan mereka pada kehidupan sebenar.






.... tidak seperti Puteri UMNO yang sudah rosak fikiran dan adab.

No comments: