Katak suka bersendiri bawah tempurung sebab di dalamnya sejuk dan nyaman tak perlu tempat yang lebih baik lagi. Katak jenis ini juga tidak suka bersaing mencari makan dengan yang lain di luar, mereka hanya makan setakat apa yang ada dan tinggal di tempat sekadar perlu.
Bila hujan turun katak-katak inilah yang gembira sekali, pada masa itu katak akan keluar beramai-ramai bermain air hujan dan berenang-renang di lopak-lopak. Mereka memanggil-manggil kawan-kawan sambil bernyanyi keriangan, katak-katak ini hanya sanggup keluar dari tempurungnya semata-mata untuk berseronok sampai kembong-kembong perut minum air hujan. Kelakarnya katak nii..!
Katak ini tahu perutnya kembung terlebih minum air hujan dan ada juga yang kembung angin sebab terlalu kerap ngangakan mulut menangkap ulat untuk dimakan, tetapi sayang angin pula yang banyak masuk perut. Memang sudah perangai katak begitu, susah untuk diajar sebab bodoh sombong dan hati kecil, tidak berani bersaing dengan dunia luar itulah hakikat hidup Si Katak yang sebenarnya. Sebenarnya katak-katak ini selalu tidak cukup makan... kesianya katak!.
Selepas hujan turun keadaan di luar tempurung pun berubah, matahari memancar dan kembali panas, tetapi katak-katak ini tetap suka hidup di bawah tempurung sampai bila-bila. Katak peduli apa walau panas dan berbahang, katak ini sanggup berpeluh dan berpengap di bawah tempurungnya. Katak ini tidak sedar keadaan di luar tempurung sudah berubah, banyak semak-samun dan tumbuhan liar menutupi tempurungnya. Kehidupan di kelilingnya sudah tidak selesa lagi, hidup Si Katak semakin terpinggir dari dunia luar....mmmm entahhh lahh katakk!
Katak ini terlupa agaknya, tempurung tempat mereka akan reput juga nanti dan tidak sesuai menjadi rumah kepada keluarga Si Katak. Katak yang degil ini hanya hanya mampu berangan sahaja untuk keluar dari tempurung, tetapi hatinya masih suka hidup bawah tempurung. Kepada katak yang bijak bila tempurung sudah reput, mereka akan mencari tempat yang lebih selesa dan selamat untuk berteduh. Tetapi sedih dengan katak yang tidak cerdik masih memilih cara hidup yang lama di bawah tempurung. Nasib engkau la katakk..!
Katak yang bijak akan mencari tempat baru seperti di bawah papan, bawah zink, pergi ke rumah -rumah tinggal, bawah kenderaan lama ataupun bawah rumah orang, kepada katak yang lagi bijak mereka akan terus melompat ke rumah banglo yang cantik dan selesa untuk mereka curi tumpang berteduh. Katak jenis ini sahaja yang berani, yang lainnya masih mewarisi sistem pemikiran 50tahun lalu cemerlang temberang. Katak yang bijak akan sentiasa mengikuti perubahan yang berlaku di luar tempurung mereka, mengikuti pembangunan, perkembangan semasa dan bersedia berubah mengikut zaman. Dengar tu katak-katak semua..!
Maka beruntunglah kepada katak-katak yang hendak maju yang mengejar perubahan dan kemajuan, tidak lagi hidup dalam dunia kataknya yang suka memerap di bawah tempurung sampai bila-bila. Katak-katak yang duduk di ceruk hutan atau di ceruk longokkan sampah tidak akan sedar bahawa di luar tempurung sudah banyak katak lain yang berjaya kerana mereka berani bersaing dan berkawan dengan yang lain. Ada juga katak-katak yang pandai dimanja oleh tuannya, sanggup di bela sebagai binatang peliharaan, katak ini berani menjadi sahabat kepada manusia. Dengan bangganya Si Katak ini hidup mewah di bela oleh tuannya, cukup makan, cukup minum, selesa tempat tinggal dan boleh hidup senang. Tak jealous ke katak..!
Teringat pula cerita kanak-kanak di TV iaitu Wonder Pets, perinsip hidup mereka mudah sahaja iaitu "semuanya menjadi mudah kalau bekerja sama" . Kepada katak yang masih di bawah tempurung bersedialah untuk duduk di luar tempurung jika inginkan perubahan, keselesaan dan kejayaan dimasa hadapan. Teringat seorang kawan zaman sekolah dulu...nama gelarannya Ibrahim Katak!
Katak-katak bawah tempurung yang ada niat untuk keluar ke dunia luar, pandai- pandailah memilih antara baik dan buruk, serta ikutlah ketua yang lebih bijak yang benar-benar boleh memimpin mereka hidup yang lebih berilmu, berdaya saing dan bermasyarakat. Jangan hanya berani memanggil hujan di kampung sendiri dan hanya berani dikalangan katak-katak yang sejenisnya sahaja, inikah yang dikatakan cemerlang, gemilang dan terbilang. Sedar lahh...katak selalu jadi mangsa ular sawa!
glamour la ni...ingat pergi Jom Heboh ke...UiTM pun ada HADHARI ke broo...seronok nampak!
lompat si katak lompat,
lompat lah tinggi-tinggi,
cepat la adik cepat,
cepat kita majukan diri...
No comments:
Post a Comment