Tuesday, April 29, 2008

RUSTAM A.S. REFORMIS INTELEK DAN PENSYARAH RAKYAT


Takziah untuk keluarga Allahyarham Sdr.Rustam.A.Sani menerima takdir ilahi yang menjemput pulang seorang reformis intelek ke dakapanNya. Pergi yang tidak akan dikembalikan menjadi peringatan untuk giliran waktu kepada kita mengingati dan menyedarinya.

Saudara Rustam ini begitu cekal dengan hidupnya telah memilih satu jalan kecil reformasi untuk menyampaikan niat intelektualnya agar memberi kesan kepada masyarakat demi sebuah negara, bangsa dan agamanya. Pensyarah rakyat ini turun kejalanan dan mendaki pentas-pentas bicara dalam suasana yang bergelombang memanggil satu kejujuran untuk era reformasi tika dahulu.

Beliau bukan putera raja namun darah bapanya mengalir deras menyambung suka duka dan luka siksa seorang pahlawan negara pra merdeka. Bukan baginya menumpang perwira bangsa bapa untuk melambung diri dipuja dan dijaja tetapi nafsunya kekal bersama reformis bangsa.

Pentas bicara beliau didengari oleh semua bangsa dan jarum penanya terus memanah diri-diri sakit yang mengejar rakus haloba dunia. Reformis intelek ini memangsakan diri di medan juang bersama basahan dan semburan pedih penguasa yang membunuh benih-benih keadilan dalam batas daerah yang menuntut kebenaran.

Sahabatnya adalah generasi baru yang dipimpin rasa bangga menyemai erti kebijaksaan demi menyanggah pendustaan. Intelek ini kekal di bibir kita dan harus benar untuk diukir nesan istimewa di atas pusaranya lantas dinobat anugerah reformis negara.

Wajahnya akan kekal, tulisannya akan wujud, namanya akan setia dan auranya akan memancar di bumi Malaysia. Reformis dan nasionalis harus disimpan laman blog SUARAKU menjadi teman terpilih demi penghormatan dari keikhlasan wasiat-wasiat terakhir ketika papan kekunci menekan titik noktah di hujung hayatnya.

Tanpa ada Dato atau Tan Sri, intelek ini telah ke Rahmatullah pada 23 April 2008, Semoga Allah swt mencucuri rahmat ke atas roh Allahyarham.
..................................................................................
Sehari sebelum itu saya telah menyimpan blog Suaraku dalam blog pilihan saya tetapi keesokan harinya berita beliau telah meninggal cukup membuat saya terasa. Terjawaplah tandatanya kemana perginya beliau dalam kesibukkan kempen pilihanraya lalu. Maka tulisan ini saya tujukan khas untuk beliau dalam blog saya.

Tuesday, April 22, 2008

PROJEK JAMBATAN KE DUA DITANGGUHKAN

Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi berkata,ada beberapa perkara yang telah melewatkan pembinaannya.
Pertama, dari segi untuk mendapatkan tanah yang diperuntukkan untuk pembinaan jambatan berkenaan.
Kedua, perkara yang berkaitan dengan reka bentuk yang perlu dipastikan ia adalah reka bentuk yang terbaik dan perkara yang ada hubung kait dengan kos yang mana sekarang ini mungkin ada perubahan disebabkan harga dah naik.
Ada beberapa lagi projek yang sedang dikaji semula di bawah RMK9.

...............................................................................
Baru selepas pilihanraya lalu beliau berjanji akan meneruskan semua projek seperti yang telah dirancang tetapi sekali lagi membuat keputusan luar jangka "turning over".

Pak Lah mengulangi habit tidak konsistannya, hari ini cakap lain esok akan bercakap lain, merubah keputusan sesuka hati seperti kurang profesional. Inilah membuatkan dirinya sering menjadi bahan umpatan dan serangan baik kawan ataupun lawan.

Dalam isu pembinaan jambatan kedua di Pulau Pinang yang ditangguhkan dengan alasan-alasan seperti ada udang sebalik batu. Apakah keadaan begitu terdesak sekali untuk dikaji semula pembinaan projek ini?

Dari sebab pertamanya, tidak dapat tanah tetapi kenapa diluluskan projek di kawasan tersebut dan sudah ada kerja-kerja asas sedang dilakukan sekarang.

Dari sebab keduanya pula, kenapa baru sekarang mempersoalkan rekabentuknya, setelah sekian lama dilancarkan tetapi masih dipertikaikan sepatutnya ini tidak berlaku.
Pihak-pihak seperti arkitek, jurutera dan lain-lain terlibat dalam projek ini seperti kurang bijak untuk menghasilkan yang terbaik. Selain ada juga kaitan dengan kenaikkan harga barang binaan pada waktu sekarang, apakah ini benar-benar memberi masalah kepada kerajaan?

Kalau dari rancangan asal bersama kerajaan BN semua alasan itu tidak timbul kenapa sekarang selepas kalah dalam pilihanraya ada masalah untuk meneruskannya.

Dalam perkembangan ekonomi dunia yang kurang memberangsangkan sebelum membuat keputusan kita sudah tahu risiko yang mungkin timbul dan mesti ada peruntukkan(back-up) bagi menghadapi kenaikan harga bahan.

Perancangan lemah dan tidak profesional membuktikan Pak Lah hanya merancang berlandaskan permainnan politik peribadi "political game" semata-mata.

Dari itu rakyat akan mempersoalkan setiap pembanggunan yang dirancangnya seperti koridor-koridor ekonomi diseluruh negara apakah akan dikaji semula. Kalau dinilai dari alasan yang diberi maka sudah pasti semuanya akan terlibat terutama projek dalam RMK9.

Dalam politik semasa, kebetulan negeri P.Pinang telah diperintah oleh Pakatan Rakyat dan takut akan terus berada dalam kerajaan DAP maka inilah caranya untuk menghalang kerajaan DAP terus mara mendapat tempat dihati rakyat.

Apakah sebenarnya berlaku, apakah terdapat masalah peruntukkan, apakah tenaga profesional kurang cekap, apakah cadangan tender terbuka memberi masalah, apakah ini permainnan politik atau ada banyak lagi masalah. Bagaimana kesan usahasama syarikat dari China dan juga kepada pelabur dari luar negara?

Ini semuanya bermain difikiran menjadi tanda tanya terhadap status projek-projek lain. Sama-samalah kita tunggu dan lihat warna-warni politik semasa dan percaturan pengurusan negara yang semakin panas dan pedas diperkatakan.
Untuk info lebih terpeinci boleh ke web UEM World - Penang 2nd Bridge Project http://www.uemworld.com.my

Tuesday, April 15, 2008

SUFIAH.. SIAPA YANG BIJAK

Sufiah!..Sufiah...!Sufiah!...tiba-tiba nama beliau mencairkan fikiran rakyat Malaysia dari isu politik yang panas baran kepada kepada isu akhlak Sufiah. Kejutan demi kujutan berlaku dalam negara kita semuanya memberi pengajaran untuk kita menilai.

Sufiah seorang budak genius suatu masa dahulu tetapi sekarang sengaja terjebak dalam perkhidmatan memberi layanan sex. Beliau menyatakan dirinya sekarang cukup puas dengan apa yang dilakukan dan tidak rasa bersalah malahan amat gembira seolah berada dalam dunia Hollywood.

Ada yang gembira dan tidak kurang juga yang bersimpati, bagi kerajaan Malaysia dengan tiba-tiba sahaja melompat untuk menyelamatkan seorang keturunan Malaysia ini kerana dahulu pernah teruja dengan kebijaksanaannya.

Kebanyakkan rakyat negara ini tidak begitu setuju dengan cadangan kerajaan untuk pergi membantu seorang yang jauh dimata dan tidak dekat dihati ini kerana ia melibatkan kos dan duit rakyat. Kerajaan perlu terlebih dahulu mendapatkan persetujuan dari rakyat agar usaha ini tidak sia-sia malahan pula status akidahnya juga mula dipersoalkan orang ramai di negara ini.

Tidak salah untuk menyelamatkan akidah seorang muslim tetapi harus diingat ramai lagi akidah muslim dalam negara ini yang lebih perlu diselamatkan malahan isu kehilangan kanak-kanak yang hilang juga masih belum dijumpai ke hari ini.
.
Tidak salah seandainya Dato Zahid Hamidi dan Dr Mashitah untuk mempopularkan diri sebagai pasukan penyelamat pergi membantu tetapi adalah lebih afdal seandainya mereka ini pergi atas nama parti UMNO. Seperti telah diketahui dan dicanangkan cuma UMNO sahaja yang terkenal dengan misi memperjuangkan bangsa Melayu dan orang lain tidak mampu mempertahankan maruah Melayu kecuali UMNO sahaja.

Diharapkan dengan kepakaran yang ada pada Datuk Zahid Hamidi boleh juga sekiranya dipinjamkan keris Pemuda UMNO kepada Sufiah untuk dinilai kehebatannya manakala Dr Mashitah yang terkenal dengan isu membenarkan pelacuran semasa darurat bolehlah berjumpa Sufiah berkongsi pengalaman sambil membuat kajian tentang kemajuan industri pelacuran di negara Barat itu mungkin boleh dipraktikkan dalam bab pelacuran semasa darurat ala UMNO ini.

Bagi parti dari Pakatan Rakyat mereka bukannya tidak mahu membantu tetapi cuma kekurangan sumber dan mereka sebaliknya sudah ada tugas besar dalam negara yang perlu dibereskan dan tidak manis sekiranya mereka menyusukan kera di hutan anak sendiri mati kelaparan.

Saya percaya Pakatan Rakyat juga telah ada program tersendiri untuk membersihkan masalah sosial di sekitar Kuala Lumpur dan seluruh negara selepas kemenangan mereka dalam pilihanraya lepas.

Friday, April 11, 2008

ISU BABI DAN PENYELESAIANNYA


Cakap siapa lagi yang hendak kita dengar dan pada siapa lagi yang harus kita rujuk. Inilah persoalan saya kepada orang ramai berkenaan isu babi yang tidak habis-habis diperkatakan dan dipolitikkan dari dahulu lagi.

Baru-bari ini telah diberi pendapat oleh dua orang mufti iaitu dari mufti Perlis dan Selangor kedua-duanya telah memberi pandangan mereka dari setiap sudut dan ternyata bagi pihak mufti usaha yang ingin dilaksanakan oleh kerajaan negeri Selangor itu mendapat pandangan positif dalam sudut islam.

Penerangan dari kerajaan negeri yang ingin melaksanakannya juga telah dikhabarkan kepada umum dalam setiap aspek kabaikkan dan keburukkannya dan kalau adapun cuma masalah lokasi itupun saya percaya bukanlah isu besar yang sukar untuk diselesaikan. Pandangan professional juga telah kita dengar dan kebanyakkannya berpendapat tidak ada masalah untuk menjayakannya.

Penerangan dari sudut kemasyarakatan dalam hidup bertoleransi berbagai bangsa telah juga diterangkan oleh itu janganlah mudah kita termakan sergahan nakal dari pertubuhan dan individu yang suka mengambil kesempatan dalam isu-isu sensetif untuk tujuan kepentingan masing-masing.

Kita tidak manis kalau pertikaikan pandangan atau keputusan yang dibuat oleh individu bergelar mufti ini sebab mereka adalah orang yang tinggi kedudukannya dalam masyarakat islam seharusnya perlu dirujuk dalam apa sahaja masalah.

Janganlah kita terlalu taksub terhadap sesebuah parti atau pertubuhan sehingga kita lupa ada kebaikkan untuk jangka masa panjang.

Pendapat mufti telah diberi dan mungkin juga boleh kita gunakannya sebagai keputusan muktamat untuk selesaikan isu ini. Semoga selepas ini tidak ada lagi suara yang tidak bertanggung jawap terus bersuluh-suluh untuk mencari pengaruh dalam suasana politik semasa yang masih suam-suam panas.

Sudah menjadi kebiasaan walau apa sahaja masalah dalam masyarakat kita sering tidak merujuk kepada mufti sebab itulah kita seolah-olah telah diselindung untuk mudah menerima kata-kata mufti.

Keadaan hari ini, kadang-kadang keputusan mufti perlu dirujuk kepada pemimpin politik, sepatutnya seseorang pemimpin politik itulah yang wajib merujuk kepada pihak mufti. Inilah senario terbalik dalam masyarakat Malaysia yang harus diubati sebelum kita terus parah.

Jangan sekali kita ketepikan peranan mufti dalam pembangunan masyarakat, akidah dan negara. Mereka adalah pewaris nabi diakhir zaman, hanya mereka sahaja tempat kita merujuk dalam sebarang masalah selain Al quran dan Sunah Nabi.

Kepada pihak kerajaan yang telah diberi mandat, jadikanlah ini satu amalan merujuk kepada mufti terlebih dahulu sebelum membuat keputusan demi maruah agama, negara dan masyarakat.