Tuesday, July 20, 2010

CORETAN WORLD CUP 2010

SPAIN: Pasukan juara yang serba lengkap dalam perbagai elimen; mempunyai pemain yang cukup matang, berpengalaman, berkualiti, 8 pemain yang serasi bersama dalam satu kelab di Barcelona, praktik corak permainan yang sama seperti Barcelona yang telah menjadi pasukan juara dipertandingan liga dan kelab. Permainan bola yang kreatif, berkeyakinan, sentiasa fokus untuk menang menjadi juara, sentiasa tenang, tidak terdesak, tidak mengambil tindakkan yang merugikan tetapi hanya menampilkan yang terbaik disetiap perlawanan dan sentiasa positif.

Semua elimen ini adalah resepi untuk berjaya dan menjadi juara. Metadologi ini meliputi proses, strategi, misi dan implimentasi yang diamalkan oleh organisasi atau individu untuk berjaya dan yang telah berjaya.

HOLAND: Antara pasukan yang sudah diduga untuk menjadi pasukan juara kali ini, barisan pemain yang terbaik dimilikinya dan mengamalkan total football memberi impak yang positif dalam perlawanan. Kualiti yang dipamerkan oleh pemain seharusnya layak menjadi pasukan kedua terhebat, berjaya mengalahkan pasukan-pasukan besar terus melonjakkan keyakinan pemain dan pasukan berada dalam tahap terbaik untuk pertandingan kali ini. Cuma diperlawanan akhir mereka hilang fokus dan bertindak di luar kawalam kualiti permainan yang diharapkan serta kerap bertindak mengikut perasaan dengan corak permainan yang kurang profesional, bagaimanapun pasukan ini berjaya manarik minat penonton dan sememangnya diakui hebat.

GERMAN: Dibarisi pemain muda yang berbakat serta bercita-cita besar untuk menjadi raja bolasepak, disepanjang pertandingan menunjukkan peningkatan positif. Gabungan pemain lama dan baru menjadi resepi yang berguna untuk pasukan, kurang pengalaman berhadapan pasukan pilihan menyebabkan ada ketikanya pemain hilang kawalan dan fokus apabila menerima tekanan dari pihak lawan. Pasukan yang mempunyai prospek yang cerah menjadi pasukan terhebat, mendapat tempat ketiga adalah cukup baik dibandingkan andaian awal pasukan ini tidak begitu digeruni.

URUGUAY: Pasukan underdog yang menyerlah tanpa diduga dengan pemain yang mantap dengan skil Amerika Latin satunya wakil yang layak. Namun kemasukkannya dalam 4 pasukan terbaik tercalar dengan tektik kotor menggunakan tangan menghalang pasukan Ghana yang sepatutnya layak bersaing dalam separuh akhir. Akhirnya akur dengan kehebatan pasukan dari Eropah walaupun ada pemain pakar jaringkan gol jarak jauh yang cukup dikagumi, kemampuan yang patut dipuji selepas pemainnya juga dinobat selaku pemain terbaik kejohanan.

GHANA: Sememangnya pasukan yang diramal akan membuat kejutan dikejohanan kali ini selpas melihat peningkatan sebelum pertandingan lagi, satunya pasukan dari Afrika yang bermain dengan semangat, keyakinan dan fizikal mantap menjadi tunjang kejayaanya. Kalau tidak kerana kegopohan ketika mengambil sepakkan penalti disaat akhir sudah pasti mereka layak ke separuh akhir dan membuat perbagai lagi kejutan sememangnya mereka mampu melakukannya dengan mana-mana pasukan ternama. Sayang pasukan afrika ini telah diperkecilkan dengan cara kotor oleh tangan pemain Uruguay dipintu gol, pemain dari Afrika terkenal dengan permainnan mantap gabungan fizikal dan gerakkan tangkas.

ARGENTINA: Sukar untuk digambar kekecewaan pasukan yang menjadi pilihan ramai peminat bolasepak untuk menjadi juara tetapi segalanya hancur hanya sekiranya kepercayaan sesebuah pasukan berada ditahap prestasi terbaik tiba-tiba berlaku sesuatu yang tidak diduga telah memberi impak nagetif dalam pertandingan yang penting. Dengan mendadak hilang keyakinan, fokus, mudah tertekan, perofesionalisma menurun disaat genting meskipun ramai pemain terbaik dunia, namun kehebatan tidak dapat dikekalkan secara teori, praktikal, jasmani ataupun fizikal. Tekanan mental dalam pertandingan menjadi lemah dan secara tiba-tiba menjadi punca kekalahan mereka untuk terus mara menjadi juara.

BRAZIL: Sebelum pertandingan lagi sudah diduga pasukan ini tidak akan pergi jauh kerana mereka sudah tiada istimewa lagi sebagai pasukan yang terkenal dengan samba dan skil individu yang tinggi. Kelemahan paling ketara selepas jurulatihnya Dunga langsung tidak mempedulikan keistimewaan yang ditakuti oleh semua pasukan terhadap Brazil, beliau tidak berminat lagi untuk mengekalkan samba dan skil yang menarik untuk dipertaruhkan dalam perlawanan. Pemain yang dibawa kali ini hanya setaraf dengan permainnan bola ala Eropah, tiada lagi identiti bolasepak Brazil. Mengenepikan pemain senior yang berharga dan terbaik memberi kesan buruk dan mereka sepatutnya pulang awal tanpa dihormati lagi oleh mana-mana pasukan sebagai pasukan yang sudah lupa asal usul mereka.

ENGLAND: Pasukan yang suka bermegah dan terlalu ego dan harapan terlalu tinggi diberikan kepada pasukan setiap kali pertandingan World Cup, sebaliknya merekaa hanya bermegah dihalaman sendiri dalam liga sahaja. Kesilapan paling besar ialah kurang merendah diri termasuk penyokong yang pada hari ini kerana tidak sesuai dan sepatutnya mereka kembali menjadi pasukan yang lebih merendah diri dan sopan di tengah padang. Pemain sudah lupa diri sebelum pertandingan dengan perbagai skandal itulah hakikat menunjukkan bertapa rendahnya disiplin hidup mereka yang suka bersosial dengan kekayaan dan terlalu glamour.

ITALY: Kehebatan yang mereka ada sebagai penyandang juara sudah tidak sesuai lagi pada masa kini, pemain sudah seakan hilang tenaga dan minat untuk bernafsu menjadi pasukan terbaik, mereka hanya bermain perasaan dalam perlawanan hakikatnya mereka ternyata sudah ditinggal usia dan kualiti semasa. Masih ramai pemain senior yang diharapkan dan corak yang masih sama rahsia mereka sudah dapat dibaca apa sahaja rentak atau strategi yang digunakan. keistimewaan dan namanya sudah tidak semegah dahulu mungkin akan tengelam jika tiada pelapis yang terbaik dan perubahan total.

KOREA SELATAN: Semakin matang dan semakin yakin dalam world cup, mampu mempersembahkan permainnan yang bersemangat, berkualiti dan ada kemahiran yang boleh dibanggakan. Sudah tidak dipandang rendah oleh mana-mana pasukan Eropah atau Amerika Latin, mereka mampu mengalahkan sesiapa dan bersaing diperingkat tinggi. Stamina yang tinggi dan ramai pemain yang sudah bermain diperingkat antara bangsa, mereka semakin meningkat di setiap pertandingan dan tidak salah kalau mereka mampu lagi membuat kejutan di pertandingan akan datang.

JEPUN: Sebuah lagi wakil Asia yang mantap dengan pemain dan corak strategi yang mempunyai kelas tersendiri, kemahiran individu dan gerakan dalam pasukan yang mantap semasa perlawanan banyak membawa kejayaan. Individu atau pemain yang ada keistimewaan membuatkan Jepun semakin digeruni dan terus yakin berhadapan pasukan hebat. Pencapaian sudah setaraf dengan pasukan Eropah cuma kurangnya pemain terhebat seandainya memiliki pemain setaraf dengan pemain ternama sudah pasti akan meletakkan mereka di dalam 4 pasukan terbaik dunia.


PORTUGAL: Nasib yang sama seperti England pemain bintang yang ada bermasalah dijangkiti dari pemain England, mereka cuma berjaya di liga. Terlalu glamour bersosial hingga hilang tenaga semasa World Cup, mereka lesu tidak bermaya. Kehidupan sosial mereka terlalu exklusif seperti artis Hollywood, permainan mudah dibaca pihak lawan dan mampu ditandingi oleh mana sahaja pasukan. Tidak digeruni lagi dengan pemain bintang yang ada dalam pasukan sebaliknya zaman ini permainan berpasukan sangat penting hanya ada ketikanya sahaja diperlukan kehebatan bintang dalam pasukan. Tetapi semaunya sudah terlambat untuk Portugal, kehebatannya semakin menurun yang hebat hanya individu itupun jika bintang ini betul-betul komited dalam permainnan mereka.

PERANCIS: Seharusnya dari awal lagi mereka tidak layak untuk berada dalam pertandingan, kebodohan sudah ditunjukkan dari awal lagi semasa persaingan lagi bagi mendapat tempat ke World Cup. Akibatnya mereka ditunjukkan jalan keluar dengan dangan kritikan keegoan dan kesombongan jurulatihnya menambahkan lagi kemaluan mereka. Kritikan, kemaluan mereka begitu disukai oleh seluruh dunia, penipuan yang dilakukan sudah tidak mampu untuk diselindung lagi. Hanya yang terbaik akan bermain dalam pertandingsn zaman ini, sudah tidak ada istilah "tangan tuhan" kecangihan teknologi tidak boleh ditipu dan sepatutnya FIFA tidak bemain piolitik dalam kuasa dan pengaruh dalam bolasepak mereka.

Keseluruhan pasukan yang lain seharusnya dibanggakan kerana mempamerkan mutu permainnan yang tinggi ada kelas tersendiri, pemain yang ada dalam pasukan mereka mempunyai kualiti untuk dibeli oleh mana-mana kelab. Tidak membosankan setiap perlawanan dari pasukan yang bertanding cuma nasib, peluang, pengalaman dan keyakinan belum mencapai tahap terbaik menjadi sebab dan faktor mereka tidak berjaya lebih jauh dipusingan berikutnya, bukan kerana mereka tidak bagus tetapi itulah bolasepak segalanya akan bergolek datang jika nasib menyebelahi.

Pasukan yang menerima kejutan seperti Cameroon, Chilie, Ivory Cost, yang pulang awal harus atasi kelemahan yang ada dalam pasukan, pemain bintang bukan lagi sepenuhnya menjadi sandaran masa kini jika tidak dibentuk dari awal dan terbaik. Kehebatan Vuvuzela seharusnya membuat semua mendengarnya terasa bingit tetapi budaya masyarakat dan adab bolasepak tidak harus dilupakan oleh mana-mana pasukan, asal usul mereka dan identiti pasukan adalah kehebatan yang harus digilap mengikut zaman.

No comments: