Tuesday, April 22, 2008

PROJEK JAMBATAN KE DUA DITANGGUHKAN

Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi berkata,ada beberapa perkara yang telah melewatkan pembinaannya.
Pertama, dari segi untuk mendapatkan tanah yang diperuntukkan untuk pembinaan jambatan berkenaan.
Kedua, perkara yang berkaitan dengan reka bentuk yang perlu dipastikan ia adalah reka bentuk yang terbaik dan perkara yang ada hubung kait dengan kos yang mana sekarang ini mungkin ada perubahan disebabkan harga dah naik.
Ada beberapa lagi projek yang sedang dikaji semula di bawah RMK9.

...............................................................................
Baru selepas pilihanraya lalu beliau berjanji akan meneruskan semua projek seperti yang telah dirancang tetapi sekali lagi membuat keputusan luar jangka "turning over".

Pak Lah mengulangi habit tidak konsistannya, hari ini cakap lain esok akan bercakap lain, merubah keputusan sesuka hati seperti kurang profesional. Inilah membuatkan dirinya sering menjadi bahan umpatan dan serangan baik kawan ataupun lawan.

Dalam isu pembinaan jambatan kedua di Pulau Pinang yang ditangguhkan dengan alasan-alasan seperti ada udang sebalik batu. Apakah keadaan begitu terdesak sekali untuk dikaji semula pembinaan projek ini?

Dari sebab pertamanya, tidak dapat tanah tetapi kenapa diluluskan projek di kawasan tersebut dan sudah ada kerja-kerja asas sedang dilakukan sekarang.

Dari sebab keduanya pula, kenapa baru sekarang mempersoalkan rekabentuknya, setelah sekian lama dilancarkan tetapi masih dipertikaikan sepatutnya ini tidak berlaku.
Pihak-pihak seperti arkitek, jurutera dan lain-lain terlibat dalam projek ini seperti kurang bijak untuk menghasilkan yang terbaik. Selain ada juga kaitan dengan kenaikkan harga barang binaan pada waktu sekarang, apakah ini benar-benar memberi masalah kepada kerajaan?

Kalau dari rancangan asal bersama kerajaan BN semua alasan itu tidak timbul kenapa sekarang selepas kalah dalam pilihanraya ada masalah untuk meneruskannya.

Dalam perkembangan ekonomi dunia yang kurang memberangsangkan sebelum membuat keputusan kita sudah tahu risiko yang mungkin timbul dan mesti ada peruntukkan(back-up) bagi menghadapi kenaikan harga bahan.

Perancangan lemah dan tidak profesional membuktikan Pak Lah hanya merancang berlandaskan permainnan politik peribadi "political game" semata-mata.

Dari itu rakyat akan mempersoalkan setiap pembanggunan yang dirancangnya seperti koridor-koridor ekonomi diseluruh negara apakah akan dikaji semula. Kalau dinilai dari alasan yang diberi maka sudah pasti semuanya akan terlibat terutama projek dalam RMK9.

Dalam politik semasa, kebetulan negeri P.Pinang telah diperintah oleh Pakatan Rakyat dan takut akan terus berada dalam kerajaan DAP maka inilah caranya untuk menghalang kerajaan DAP terus mara mendapat tempat dihati rakyat.

Apakah sebenarnya berlaku, apakah terdapat masalah peruntukkan, apakah tenaga profesional kurang cekap, apakah cadangan tender terbuka memberi masalah, apakah ini permainnan politik atau ada banyak lagi masalah. Bagaimana kesan usahasama syarikat dari China dan juga kepada pelabur dari luar negara?

Ini semuanya bermain difikiran menjadi tanda tanya terhadap status projek-projek lain. Sama-samalah kita tunggu dan lihat warna-warni politik semasa dan percaturan pengurusan negara yang semakin panas dan pedas diperkatakan.
Untuk info lebih terpeinci boleh ke web UEM World - Penang 2nd Bridge Project http://www.uemworld.com.my

3 comments:

Dr. Abdul Wahab Arbain said...

As-Salamu 'Alaikum!
Projek jamabatan ke2 P.Pinang belum tau. Tapi projek blog ni patut diteruskan. Budaya membaca dan menulis adalah dituntut oleh agama kita. Tahniah.
Salam.

ilhamghaz... said...
This comment has been removed by the author.
Bukit Kapar said...

As-Salamu 'Alaikum!
Saya mohon izin menjadikan blog ini senarai pertama dalam "Senarai Blog Pilihan" Universiti Maya Rakyat.
Terima kasih. Tahniah kerana blog ini menjadi rangkaian Universiti Maya Rakyat.
Salam.