Tuesday, June 10, 2008

INFO SEMASA - ISU MINYAK !

Ini adalah info yang saya kumpulkan sebagai bahan rujukan isu kenaikkan harga minyak, semua fakta dari tulisan yang tersiar dalam internet dari sumber yang boleh di terima.


Harga minyak Malaysia kini antara yang termahal:
Harga petrol kini RM2.70 seliter atau RM10.20 segelen Amerika (US gallon). Dalam Dolar Amerika, ia bersamaan AS$3.12 segelen (AS$0.82 seliter). Segelen Amerika bersamaan 3.785 liter. Kadar tukaran adalah RM3.27 kepada satu Dolar Amerika. Pada kadar AS$3.12 segelen, harga petrol di Malaysia adalah lebih murah daripada di Amerika Syarikat di mana harganya melepasi AS$4.00 (RM13.08) segelen. Pendapatan purata berdasarkan pariti kuasa membeli (purchasing power parity) rakyat Amerika adalah AS$46,000 tahun lalu berbanding kita sebanyak AS$14,400. Segelen minyak berharga AS$4.00 bagi penduduk Amerika adalah "murah" kerana pendapatan dan kuasa membeli mereka tinggi. Manakala pada kadar AS$3.12 segelen bagi penduduk Malaysia adalah mahal? kerana pendapatan kita rendah. Pendapatan penduduk Amerika lebih tiga kali ganda daripada pendapatan penduduk Malaysia. Untuk maklumat lanjut sila layari- http://kadirjasin.blogspot.com/2008/06/harga-minyak-malaysia-kini-antara-yang.html

Hampir 2/3 gaji sebahagian rakyat dibelanja untuk petrol:
Mampukah rakyat Malaysia berbelanja RM900 sebulan untuk petrol? Siapa mereka yang beriya-riya hendak menghapuskan subsidi bahan bakar? Mereka ini golongan berpendapatan RM10 ribu ke atas sebulan. Singapura petrolnya berharga RM5.20 seliter dan diesel RM4.33. Jika selama ini rakyat Malaysia berbelanja RM10 sehari untuk petrol bagi berulang alik ke tempat kerja, sebaliknya harga pasaran global menyebabkan pengguna perlu menyediakan RM30.

Sebulan RM900 bermakna ia telah menghapuskan sebahagian besar perbelanjaan sara hidup mereka. Pendapatan per kapita rakyat Singapura adalah RM106,000 (AS$30,810) setahun berbanding rakyat Malaysia yang hanya RM21,500 (AS$6,244). Ianya lima kali ganda berbanding pendapatan per kapita rakyat Malaysia. Purata rakyat Singapura berpendapatan lebih RM7,500 sebulan berbanding rakyat Malaysia RM1,500.

Kekayaan Petronas:
Petronas mencatatkan keuntungan kira-kira RM35.5 billion pada tahun kewangan 2004-2005 iaitu satu kadar yang jika dibahagi jumlah warganegara Malaysia maka setiap individu akan memperolehi RM1,500 seorang bagi setahun. keuntungan Petronas melebihi RM70 billion, Petronas membelanjakan sejumlah RM3.5 juta sebulan untuk membiayai Malaysian Philharmonic Orchestra, konduktor orkestra dibayar RM130,000 dan pembantunya RM50,000 sebulan.

Petronas banyak sekali dihabiskan melalui projek-projek seperti senarai di bawah :
i. Membail-outkan Bank Bumiputra (kini CIMB) dua kali bernilai RM4.86 billion akibat pengurusan bank tidak ada integriti salah urus dan melonggarkan syarat-syarat pemberian pinjaman yang besar kepada kroni-kroni yang tidak dibayar balik pinjaman
ii. Membeli bon kerajaan sendiri bernilai RM3.8 billion.
iii. Membina gelanggang Formula 1 berharga RM286 juta dan setiap kali ada perlumbaan Petronas akan menjadi hostnya berbillion ringgit dikeluarkan.
iv. Beli HICOM (Proton) berharga RM999.4 juta dan selesaikan hutang RM1,299.6 juta.
v. Membangunkan Putrajaya dan MSC berharga RM22 billion
vi. Bail-out MAS sebanyak RM668.8 juta
vii. Penubuhan Dana Harta sebagai modal permulaan sebanyak RM4.56 billion
viii. Membina KLCC berharga RM1.8 billion. Maintenance sebulan bernilai RM95,000.00, setahun sudah menjadi RM108 juta
ix.Membina KLIA sebanyak M9 billion, peruntukan tahunan sebanyak RM900 juta.

Kerajaan ini melimpah wang' - Mahathir:
Malaysia mengeluarkan lebih kurang 650,000 tong minyak sehari dan mengguna 400,000 tong manakala selebihnya iaitu 250,000 tong adalah tujuan export. Tambahnya lagi bahawa tiga tahun lalu minyak mentah dijual pada kadar USD30 satu tong dan harganya pada hari ianya USD130 iaitu satu kenaikan sebanyak USD100.
"250,000 tong yang dieksport sepatutnya memberi Petronas sejumlah lebih RM27 billion,
"Tetapi Petronas untung lebih RM70 billion, yang kesemuanya milik Kerajaan. "Memanglah kenaikan harga petrol di sini jauh lebih rendah daripada di United Kingdom, mahupun Amerika Syarikat. Tetapi pendapatan per kapita kita adalah lebih kurang satu pertiga mereka. Berasas kepada kuasa membeli kita kenaikan harga adalah lebih tinggi dari UK atau Amerika Syarikat.

Kenapa harga minyak cipta rekod?
MINYAK mentah di Amerika Syarikat (AS) pada minggu lalu mencatatkan rekod tertinggi kepada AS$139.12 (RM453.99) setong.
Harga itu meningkat berbanding di bawah AS$50 (RM163.15) setong pada permulaan tahun 2007 dan pada tahun ini melonjak sekitar 40 peratus daripada AS$95.98 (RM313.19) setong pada akhir tahun lalu.
Menurut Agensi Tenaga Antarabangsa, harga minyak pernah mencecah lebih AS$101.70 (RM331.85) pada April 1980 setahun selepas revolusi Iran.
Antara faktor yang menyebabkan harga minyak naik adalah kelemahan dolar dan dana.

Pertubuhan Negara-Negara Pengeksport Petroleum (OPEC) yang pernah mendakwa aktiviti spekulasi dan kelemahan dolar sebagai punca kenaikan minyak, telah menyatakan ia sedang meningkatkan bekalan minyak untuk mengimbangkan pasaran.
Arab Saudi iaitu pengeluar minyak terbesar dalam OPEC dijangka meningkatkan pengeluaran hampir kepada 9.5 juta tong setiap hari pada bulan depan berbanding 9.1 juta tong sehari pada Mei lalu.
Lanjut sila layari:- http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2008&dt=0610&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_01.htm

Info lain: Kenaikan minyak dalam masa 16 tahun - sejak 1990:
Sebelum tahun 1990 - RM 0.89, 1990 - RM 1.10 (kenaikan RM 0.21), 01/10/2000 - RM 1.20(kenaikan RM 0.10), 20/10/2001 - RM 1.30 (kenaikan RM 0.10), 01/05/2002 - RM 1.32 (kenaikan RM 0.02), 31/10/2002 - RM 1.33 (kenaikan RM 0.01), 01/03/2003 - RM 1.35 (kenaikan RM 0.02), 01/05/2004 - RM 1.37 (kenaikan RM 0.02), 01/10/2004 - RM 1.42 (kenaikan RM 0.05), 05/05/2005 - RM 1.52 (kenaikan RM 0.10), 31/07/2005 - RM 1.62 (kenaikan RM 0.10), 28/02/2006 - RM 1.92 (kenaikan RM 0.30), 4/06/2008 - RM2.70 (kenaikan RM0.78)

Berdasarkan maklumat berikut adalah perbandingan harga minyak Malaysia berbanding negara luar:-
UAE RM1.19/liter, Eygpt RM1.03/liter, Bahrain RM0.87/liter, Qatar RM0.68/liter, Kuwait RM0.67/liter, Saudi Arabia RM0.38/liter, Iran RM0.35/liter, Nigeria RM0.32/liter, Turkmenistan RM0.25/liter,MALAYSIA RM2.70/liter.

PLUS untung RM384 juta utuk suku tahun pertama (Januari-Mac 2008) sedangkan dalam tempoh yang sama tahun 2007 ia hanya untung RM265.870 juta. Setiap tahun syarikat konsesi lebuhraya buat duit.



minyak naik tiba-tiba...keadaan menjadi kelam kabut di petrol stesen.

No comments: