- Pandu kenderan tidak melebihi kelajuan 100 km/j dan tetapkan kadar kelajuan ketika berada di lebuhraya atau jalan lurus.
- Memandu tanpa menggunakan penghawa dingin kecuali bila keadaan memerlukan sahaja.
- Menggunakan kenderaan awam sekiranya lebih menjimatkan belanja dan juga masa perjalanan.
- Menggunakan kenderaan kapasiti enjin kecil seperti motosikal atau kereta Kancil dll.
- Tidak menggunakan kenderaan pada jarak dekat.
- Jangan kerap menekan/bermain padel minyak ketika injen kenderaan sedang hidup atau semasa kenderaan tidak bergerak.
- Menggunakan kenderaan gear manual di kawasan banyak kenderaan atau kawasan bandar.
- Kurangkan berjalan jauh seperti balik kampung setiap sebulan sebanyak 2 kali dikurangkan kepada sekali sebulan.
- Tidak membawa beban yang berat dalam kereta semasa memandu.
- Mengisi minyak kenderaan waktu malam dan pagi sahaja, tidak semasa cuaca panas.
- Hadkan belanja harian dan belanja bulanan untuk membeli barangan yang perlu sahaja.
- Mengamalkan cara hidup sederhana dan berjimat cermat semasa berbelanja.
- Kurangkan membeli belah di pasaraya kecuali ada potongan harga berpatutan sahaja.
- Kurangkan makan di kedai atau restoran dan digalakkan masak sendiri.
- Digalakkan membeli di kedai runcit seandainya membali dalam jumlah yang sedikit sebagai usaha membantu peniaga kecil.
- Tidak memikirkan status tempat atau pangkat ketika membelibelah.
- Meletak kenderaan di tempat yang tidak membayar pakir asalkan keselamatan terjamin.
- Memulaukan kedai yang menjual harga yang mahal sebagai tanda protes.
- Kurang aktiviti luar rumah sekiranya menggunakan kenderaan ke tempat tidak faedah seperti ke disko, konsert, berhibur dan dll.
- Beriadah bersama keluarga atau kawan ke tempat yang tidak mengenakan caj masuk atau lain-lain caj, digalakkan beriadah di tempat semula jadi seperti air terjun, pantai dll.
- Menjual barangan terpakai ke kedai kitar semula dan hasil jualan simpan dalam tabung.
- Setiap keluarga digalakkan membuat tabung simpanan harian dari lebihan duit belanja setiap hari.
- Digalakkan orang ramai menyimpan duit ke dalam bank setiap bulan sebagai langkah kecemasan jika keadaan memerlukan.
- Jangan membazir menggunakan elektrik, air, penghawa dingin dan telefon dll.
- Tidak kerap menambah kredit untuk telefon bimbit pra-bayar.
- Elakkan membuat panggilan atau sms kepada perkara yang tidak berfaedah.
- Fikirkan mana yang lebih jimat antara membuat panggilan atau menghantar sms semasa beurusan dengan seseorang.
- Orang islam digalakkan selalu menderma ke masjid dan yang memerlukan, semoga lagi murah rezeki dan berkat.
- Jangan lupa mengeluarkan zakat agar dapat membantu orang islam yang susah.
- Digalakkan bercucuk tanam di kawasan rumah dengan tanaman yang mengeluarkan hasil.
- Setiap rumah diwajib menanam sekurangnya sejenis pokok yang mengeluarkan hasil seperti cili atau serai selain menanam pokok bunga, termasuk yang tinggal di rumah bertingkat.
- Digalakkan membuat majlis keramaian seperti kenduri doa selamat, tahlil atau sebagainya di surau dan berkongsi dengan jiran atau ahli kariah surau.
- Hidupkan amalan gotong-royong penduduk setempat untuk kerja yang memerlukan bantuan ramai untuk mengurangkan upah dan belanja seperti kerja masak-memasak.
- Tidak membeli barang makanan basah dalam jumlah yang banyak dan disimpan dalam waktu lama, di kuatiri akan rosak atau busuk dan tidak sempat digunakan.
- Merancang sebelum membeli barang kecuali benar-benar diperlukan sahaja.
- Jangan terlalu berjimat berbelanja sehingga lupa membeli makanan yang berkhasiat untuk keluarga dan diri sendiri.
- Menggunakan kemudahan dalam rumah seperti komputer, internet, pemain cakera DVD dan lainnya untuk elak bazirkan duit di ciber-cafe, karoake, panggung wayang dll.
- Mengurangkan dan memotong elaun kakitangan yang ada unsur membazir.
- Syarikat membayar upah kerja lebih masa mengikut keperluan dan produktiviti.
- Sikap lebih kreatif menggunakan barang yang boleh dikitar semula.
- Menyokong langkah mengawal inflasi oleh badan swasta, kerajaan dan NGO.
- Berusaha meningkatkan produktiviti.
Itu semua adalah beberapa langkah awal yang boleh diambil untuk kita mengawal perbelanjaan lebih berjimat cermat ini mungkin memberi kesan kepada duit keluar dan kuasa beli kita juga menurun dan memberi kesan kepada ekonomi negara tetapi semua itu mengikut kemampuan masing-masing.
Seandainya ada cadangan lain yang boleh dikongsi bersama adalah dialu-alukan dan boleh hantar dalam ruang komen.
No comments:
Post a Comment