Friday, September 12, 2008

BAB 1 - Catatan Sebenar Kejadian Memali

Berikut adalah catatan terperinci mengenai perkembangan di Kampung Memali, Mukim Siong, Baling yang berkesudahan dengan terkorbannya 13 nyawa bersama asy-Syahid Ibrahim Mahmud. Catatan yang dipaparkan di sini merupakan rakaman komputer daripada Signals Division pasukan PDRM yang mengikuti perjalanan tragedi Baling itu untuk maklumat perdana menteri. Di sini dicatitkan juga fakta mereka yang tercedera dan mereka yang berjaya melepaskan diri daripada kepungan pihak polis.

TOP SECRET:

001: Pada jam 1935 Hrs. (18/11/85) berpusat di Kem Pasukan Polis Hutan Sungai Petani, Kedah; 3600 anggota polis daripada pelbagai bahagian termasuk FRU (Penang), Pasukan Senoi Prak, Anggota Polis beruniform, Commando 69, sudah bersiap siaga untuk menerima arahan. Kumpulan ini diletakkan di bawah arahan seorang pegawai tinggi Ibu pejabat di Bukit Aman dan dibantu oleh beberapa pegawai daripada Bukit Aman, Kedah, Perlis, dan Penang.

002: Tepat Jam 1945 (18/11/85) pegawai tinggi yang memerintah daripada Bukit Aman telah mengeluarkan arahan bahawa kumpulan yang bersiap-siaga itu akan menyerang hendap satu kem komunis dalam daerah Baling yang berdekatan dengan sempadan Thailand.

003: Pada Jam 2005 (18/11/85) berlaku satu keributan di bilik operasi Sungai Petani di antara Pegawai Berkuasa pasukan Polis Hutan Sungai Petani dengan Pegawai Tinggi daripada Bukit Aman. Kekalutan ini berasaskan arahan palsu yang telah dikeluarkan. Arahan menyerang dan membunuh penghuni 'kem komunis' itu sebenarnya disasarkan ke arah Ibrahim Mahmood, pengikutnya dan sesiapa juga yang hadir di Madrasah yang dibina oleh orang kampung di situ. Pegawai yang mengetuai pasukan Polis Hutan itu telah memberi penerangan kepada Pegawai Tinggi daripada Bukit Aman betapa Ibrahim Mahmud dianggap oleh para pegawai pasukannya sebagai seorang ulama yang berwibawa. Malahan ramai di kalangan mereka adalah penuntutnya. Dilema yang tercetus ini mencetuskan satu suasana yang hening dan sunyi-sepi.

004:(18/11/85) Pegawai Tinggi daripada Bukit Aman telah mencuba menghubungi Penolong Pesuruhjaya Polis di Bukit Aman, tetapi gagal. Kemudian dia berjaya menghubungi Musa Hitam yang ketika itu menjadi Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri. Pegawai Pemerintah Pasukan Polis Hutan Sungai Petani telah diberikan laluan untuk bercakap dengan Musa Hitam. Beliau telah merayu kepada Musa Hitam dan membuat penjelasan betapa Ibrahim Mahmud adalah seorang ulamak yang disegani dan telah banyak berjasa dalam usaha menaikan taraf hidup masyarakat Memali. Malahan, Ibrahim Memali sudah terkenal dan dihormati oleh para sahabat dan lawan. Tetapi, akhirnya diketahui juga Musa Hitam telah memberikan arahan agar serangan itu diteruskan.Nota Khas:Kebanyakan anggota polis yang terbabit dalam operasi ini adalah mereka yang bukan beragama Islam. Operasi Khas ini telah diberi-nama "Operasi Hapus" oleh Musa Hitam.

005: Jam 2045 (18/11/85) sebuah majlis keraian telah diadakan di sebuah padang terbuka di Kem Polis Hutan di Sungai Petani. Di sana minuman bir dan minunam keras (arak) telah disediakan kepada semua unit. Namun, ada juga segelintir anggota Pasukan Polis Hutan itu yang tidak minum.

006: Jam 2147 (18/11/85) pegawai pemerintah operasi telah menerima mesej melalui wireless. Mesej yang diterima mengatakan betapa 10 orang komando polis hutan telah berjaya masuk kawasan Memali dan telah pulang dengan laporan penuh. Laporan itu adalah mengenai pergerakan masyarakat yang menghuni Madrasah tajaan Ibrahim Mahmud, yang sudah pun disahkan sebagai sasaran serangan polis itu.

007: Jam 21.47(18/11/85) semua unit telah bergerak di bawah pimpinan lapan pegawai muda. Mereka bergerak memasuki Baling dengan menggunakan dua kereta perisai. Pegawai pemerintah Unit Sungai Petani tidak menunjukkan minatnya ketika itu. Di waktu yang sama, Ibrahim Mahmud sedang memberikan kuliah kepada 50 orang penuntut yang hadir. Kuliah itu berlanjutan sehingga jam 23.45. Setelah selesai ada juga penuntutnya yang pulang ke rumah mereka sedangkan yang lainnya tidur bermalam di Madrasah itu.

008: Pada Jam 24.00 (18/11/85) Pegawai pemerintah daripada Bukit Aman telah menerima arahan terakhir mengenai 'Operasi Hapus' itu. Ketika itu berlaku sedikit kekesalan di kalangan pasukan daripada Sungai Petani. Mereka mahukan operasi itu dilakukan dengan mengadakan sekatan dan kepungan untuk mendesak Ibrahim Mahmud menyerah diri. Ketika itu ditaksirkan, tindakan mengepung itu mungkin membawa kesan hanya selepas tiga bulan. Cadangan unit Sungai Petani itu telah disanggah oleh Pegawai pemerintah daripada Bukit Aman. Beliau telah disokong oleh pegawai lain yang datang daripada Bukit Aman, dan juga OCPD Baling. Mereka berpendapat bahawa strategi yang melecehkan itu mungkin membabitkan pergeseran di antara pihak polis dengan anggota tentera yang berkhemah di sempadan Malaysia/Thai di Sik dan Baling. Kecurigaan mereka ini muncul kerana 90% anggota tentera yang disebutkan itu memang menyokong pergerakan Islam dan juga Ibrahim Mahmud.

Keadaan kelam kabut muncul lagi. Sekali lagi Musa Hitam di hubungi. Pada kali itu, pegawai yang berkuasa diberitahu bahawa Musa Hitam tidak dapat di hubungi kerana beliau telah pergi ke sebuah hotel di Kuala Lumpur. Di waktu yang sama Timbalan Menteri hal Ehwal Dalam Negeri, Radzi Ahmad sedang mengikuti perkembangan dengan berada di Ibu pejabat Polis Penang. Beliau sedang mengikuti perkembangan 'Operasi Hapus' itu. Tidak berapa lama kemudiannya Musa hitam telah menghubungi pihak polis dengan suara yang seolah marah dan rasa terganggu. Musa tidak banyak bercakap cuma mengeluarkan perintah untuk melakukan operasi penghapusan walaupun ia bermakna secara menyeluruhi Negeri Kedah.

No comments: