Lailatul Qadar pasti berlaku, cuma siapa yang dapat dan bila berlakunya sahaja yang menjadi persoalan, beruntunglah kepada yang mendapat ilham merasai malam Lailatul Qadar. Setiap amalan yang kita lakukan semasa Ramadan banyak kelebihan dan bergembiralah kepada yang berjaya.
Datangnya Syawal yang semakin hampir ini, semua wajib bergembira meraikannya, inilah hari kejayaan kepada mereka yang berusaha semasa Ramadan. Ramai akan sibuk membuat persiapan hari Eid Fitri Mubarak, semua telah dirancang dan diharapkan apa yang dilakukan berjalan dengan baik dan selamat.
DIKESEMPATAN INI SAYA MEMOHON MAAF KEPADA SEMUA PEMBACA BLOG SAYA, DALAM USIA CUMA 6 BULAN INI SAYA TELAH CUBA MNYAMPAIKAN YANG TERBAIK UNTUK MENAFAAT SEMUA, SEKIRANYA TERDAPAT KESALAHAN YANG SENGAJA ATAUPUN TIDAK, TERSINGGUNG HATI DAN FIKIRAN, DIULANGI SAYA MEMOHON AMPUN MAAF ZAHIR DAN BATIN ATAS KELEMAHAN DAN KESILAPAN TULISAN SAYA.
DIUCAPKAN SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA EID FITRI SEMOGA BERGEMBIRA DIHARI LEBARAN BERSAMA KELUARGA, SANAK SAUDARA, SAHABAT HANDAI SERTA SENTIASA BERADA DALAM KEADAAN SELAMAT DAN SEJAHTERA DAN DIJAUHI SEBARANG KEMALANGAN.
Semoga selepas hari raya, ikatan silaturahim menjadi semakin dekat dan kuat. Semoga akan bertambah kekuatan dan azam dalam niat setiap perkara yang baik demi perubahan untuk kebaikkan. Semoga kita lebih berjaya serta mendapat berkat dari usaha dan doa yang dipohon selama ini.
SELAMAT HARI RAYA...DRI GHAZALI SEKELUARGA.
No comments:
Post a Comment