Semasa saya berkerja di Seksyen 17 PJ, sering melihat beliau sembahyang jumaat di masjid yang sama dengan saya iaitu masji UIA PJ, beliau datang bersama dengan cucunya ataupun berseorang, selalu juga terjumpa di kedai sekitar Seksyen 16 berjalan-jalan atau membeli sesuatu.
Saya nampak dirinya tidak seperti seorang yg berstatus Tan Sri atau VIP, penampilanya seperti orang biasa berjalan di kedai kos rendah, sikapnya yang sederhana membuatkan saya sering melihat cara dia membawa dirinya di khalayak ramai. Saya pernah membaca cerita pengalaman hidupnya dari awal dia terlibat dalam dunia surat khabar hingga terlibat dalam pertubuhan politik dan pernah ditahan oleh pihak Inggeris dan Jepun,
Sememangnya harus mengenali beliau, seorang tokoh dalam negara ini, bagi saya beliau adalah indvidu yang istimewa yang tidak menunjukkan status tokoh tetapi dalam dirinya penuh dengan pengalaman dan peristiwa yang beliau pernah terlibat dengan tokoh-tokoh besar zaman sebelum merdeka dahulu. Penampilan beliau merupakan seorang yang tegas, serius, kuat semangat dan berani.
No comments:
Post a Comment