Monday, June 30, 2008

REHAT MINDA DENGAN IDEA KREATIF

Mungkin nampak pelik dan menarik, itulah peliknya fikiran kita...boleh buat apa sahaja yang kita mahu kalau kita gunakan akal. Semua yang tercipta hari ini asalnya dari idea yang pelik dan tidak masuk akal tetapi kita telah menikmatinya hari ini.
Joomm!!...rehatkan minda dengan idea kreatif architecture...fikir! fikir!

Friday, June 20, 2008

ARCHITECTURE: ISTANA NEGARA YANG BARU

PANDANGAN LUAR DAN PANDANGAN DALAMAN ISTANA NEGARA YANG BARU.








Tuesday, June 17, 2008

LANGKAH AWAL BERJIMAT CERMAT

  1. Pandu kenderan tidak melebihi kelajuan 100 km/j dan tetapkan kadar kelajuan ketika berada di lebuhraya atau jalan lurus.
  2. Memandu tanpa menggunakan penghawa dingin kecuali bila keadaan memerlukan sahaja.
  3. Menggunakan kenderaan awam sekiranya lebih menjimatkan belanja dan juga masa perjalanan.
  4. Menggunakan kenderaan kapasiti enjin kecil seperti motosikal atau kereta Kancil dll.
  5. Tidak menggunakan kenderaan pada jarak dekat.
  6. Jangan kerap menekan/bermain padel minyak ketika injen kenderaan sedang hidup atau semasa kenderaan tidak bergerak.
  7. Menggunakan kenderaan gear manual di kawasan banyak kenderaan atau kawasan bandar.
  8. Kurangkan berjalan jauh seperti balik kampung setiap sebulan sebanyak 2 kali dikurangkan kepada sekali sebulan.
  9. Tidak membawa beban yang berat dalam kereta semasa memandu.
  10. Mengisi minyak kenderaan waktu malam dan pagi sahaja, tidak semasa cuaca panas.
  11. Hadkan belanja harian dan belanja bulanan untuk membeli barangan yang perlu sahaja.
  12. Mengamalkan cara hidup sederhana dan berjimat cermat semasa berbelanja.
  13. Kurangkan membeli belah di pasaraya kecuali ada potongan harga berpatutan sahaja.
  14. Kurangkan makan di kedai atau restoran dan digalakkan masak sendiri.
  15. Digalakkan membeli di kedai runcit seandainya membali dalam jumlah yang sedikit sebagai usaha membantu peniaga kecil.
  16. Tidak memikirkan status tempat atau pangkat ketika membelibelah.
  17. Meletak kenderaan di tempat yang tidak membayar pakir asalkan keselamatan terjamin.
  18. Memulaukan kedai yang menjual harga yang mahal sebagai tanda protes.
  19. Kurang aktiviti luar rumah sekiranya menggunakan kenderaan ke tempat tidak faedah seperti ke disko, konsert, berhibur dan dll.
  20. Beriadah bersama keluarga atau kawan ke tempat yang tidak mengenakan caj masuk atau lain-lain caj, digalakkan beriadah di tempat semula jadi seperti air terjun, pantai dll.
  21. Menjual barangan terpakai ke kedai kitar semula dan hasil jualan simpan dalam tabung.
  22. Setiap keluarga digalakkan membuat tabung simpanan harian dari lebihan duit belanja setiap hari.
  23. Digalakkan orang ramai menyimpan duit ke dalam bank setiap bulan sebagai langkah kecemasan jika keadaan memerlukan.
  24. Jangan membazir menggunakan elektrik, air, penghawa dingin dan telefon dll.
  25. Tidak kerap menambah kredit untuk telefon bimbit pra-bayar.
  26. Elakkan membuat panggilan atau sms kepada perkara yang tidak berfaedah.
  27. Fikirkan mana yang lebih jimat antara membuat panggilan atau menghantar sms semasa beurusan dengan seseorang.
  28. Orang islam digalakkan selalu menderma ke masjid dan yang memerlukan, semoga lagi murah rezeki dan berkat.
  29. Jangan lupa mengeluarkan zakat agar dapat membantu orang islam yang susah.
  30. Digalakkan bercucuk tanam di kawasan rumah dengan tanaman yang mengeluarkan hasil.
  31. Setiap rumah diwajib menanam sekurangnya sejenis pokok yang mengeluarkan hasil seperti cili atau serai selain menanam pokok bunga, termasuk yang tinggal di rumah bertingkat.
  32. Digalakkan membuat majlis keramaian seperti kenduri doa selamat, tahlil atau sebagainya di surau dan berkongsi dengan jiran atau ahli kariah surau.
  33. Hidupkan amalan gotong-royong penduduk setempat untuk kerja yang memerlukan bantuan ramai untuk mengurangkan upah dan belanja seperti kerja masak-memasak.
  34. Tidak membeli barang makanan basah dalam jumlah yang banyak dan disimpan dalam waktu lama, di kuatiri akan rosak atau busuk dan tidak sempat digunakan.
  35. Merancang sebelum membeli barang kecuali benar-benar diperlukan sahaja.
  36. Jangan terlalu berjimat berbelanja sehingga lupa membeli makanan yang berkhasiat untuk keluarga dan diri sendiri.
  37. Menggunakan kemudahan dalam rumah seperti komputer, internet, pemain cakera DVD dan lainnya untuk elak bazirkan duit di ciber-cafe, karoake, panggung wayang dll.
  38. Mengurangkan dan memotong elaun kakitangan yang ada unsur membazir.
  39. Syarikat membayar upah kerja lebih masa mengikut keperluan dan produktiviti.
  40. Sikap lebih kreatif menggunakan barang yang boleh dikitar semula.
  41. Menyokong langkah mengawal inflasi oleh badan swasta, kerajaan dan NGO.
  42. Berusaha meningkatkan produktiviti.

Itu semua adalah beberapa langkah awal yang boleh diambil untuk kita mengawal perbelanjaan lebih berjimat cermat ini mungkin memberi kesan kepada duit keluar dan kuasa beli kita juga menurun dan memberi kesan kepada ekonomi negara tetapi semua itu mengikut kemampuan masing-masing.

Seandainya ada cadangan lain yang boleh dikongsi bersama adalah dialu-alukan dan boleh hantar dalam ruang komen.



Thursday, June 12, 2008

SIAPA YANG PERLU UBAH GAYA HIDUP!



AAARRGGHHHHH.....!!! MARAAHHHH..NIIEEE!!

Cakap ikut sedap mulut! sakit hati! menyampah dan meloyakan sampai naik muntah. Menyuruh orang buat itu ini cukup pandai tapi diri sendiri hampeh! itu lah kepala otak orang KERAjaan yang lemah akal dan buta hati. Memang hipokrit!...kalau ada ular patut pukul dulu dia orang dari ular.

Sakit hati! apa dia faham pasal susah, dia orang mewah dah terlebih-lebih sampai ketahap membazir. Gaji dan elaun boleh mencecah ratus ribu ringgit, segalanya ditanggung! dari makan hingga berak, dari pakaian dalam hingga pakaian luar, dari diri sendiri hingga ke anak bini, dari dalam negara ke luar negara, pergi Perlis sampai ke Sabah, dari melancong hingga ke melencong, dari atas angin sampai ke dalam tanah hinggalah ke mati... semuanya makan tanggung berak cangkung!

Dari Perdana Menteri... ke menteri...ke timbalan menteri...ke setiusaha...ke Ahli Parlimen...ke Adun....ke pegawai kanan...ke ketua jabatan..., semuanya bergaji dan berelaun besar makan tak habis. Kalau nak lebih lagi buat bisnes, boleh pakat dengan kroni tubuh syarikat dapatkan projek, makan komisyen atau nak lagi senang makan rasuah. Semuanya boleh buat harta bertimbun tujuh keturunan pun makan tak habis, yang kaya makin kaya, yang susah makin susah.

Orang susah peringkat bawah semuanya berkira-kira guna duit, beli kalau perlu, makan setakat mampu, belanja sekolah tak ada, jalan kalau berduit, pakaian beli jual murah, berniaga hutang bergadai, yang sakit hutang hospital, masuk kubur bayar sendiri! bil lewat bayar kena potong. Pernah ke dia rasa susah macam orang miskin, beza orang kaya bercakap depan orang miskin tak sama cakap orang yang sama-sama miskin.

Subsidi! subsidi! subsidi!....kepala otak dia orang! tuhan lagi banyak bagi subsidi suruh sama-sama rasa, tolong menolong, bukannya buat untung bilion juta masuk kocek sendiri. Woiii...tuhan tak minta apa-apa ingat Dia pun dah cukup, malulah dengan tuhan! Kau orang bijak pandai dibagi untuk uruskan dunia dengan adil, tapi kalau tamak dan bodoh, siap aje la tunggu gempa Sinchuan atau taufan Nargis datang Malaysia, paling kurangpun minyak kita habis cepat. Ingatlah....sikit!

Hidup dia orang semuanya politik!politik!politik, segala yang dibagi semuanya politik! kebajikkan untuk rakyat duduk belakang supaya boleh terus mencekik darah. Dah ada yang sudi tolong beri bantuan air percuma, duit belajar, ibu tunggal, fakir miskin, kurangkan tol, kurangkan cukai... tapi semuanya dengki apa jadah tak menolong kurangkan beban.

Semuanya naik! rakyat pun naik angin , cukup-cukup lah selama ni KERAjaan dah naik minyak melampau-lampau. Setakat satu elaun potong 10% heboh sedunia konon perihatin, mana cukup lagi jauh beza rakyat dengan pemimpin.

Ingatlah contoh Rasullullah dan 4 Khalifah, malam meronda, menyamar jadi miskin, beri sedekah, menahan makan, semua dilakukan untuk rasa secara dekat keluhan dan kesusahan rakyat.
Fikirkan lah...bro!!
hina sangat ke naik basikal....!!

Tuesday, June 10, 2008

INFO SEMASA - ISU MINYAK !

Ini adalah info yang saya kumpulkan sebagai bahan rujukan isu kenaikkan harga minyak, semua fakta dari tulisan yang tersiar dalam internet dari sumber yang boleh di terima.


Harga minyak Malaysia kini antara yang termahal:
Harga petrol kini RM2.70 seliter atau RM10.20 segelen Amerika (US gallon). Dalam Dolar Amerika, ia bersamaan AS$3.12 segelen (AS$0.82 seliter). Segelen Amerika bersamaan 3.785 liter. Kadar tukaran adalah RM3.27 kepada satu Dolar Amerika. Pada kadar AS$3.12 segelen, harga petrol di Malaysia adalah lebih murah daripada di Amerika Syarikat di mana harganya melepasi AS$4.00 (RM13.08) segelen. Pendapatan purata berdasarkan pariti kuasa membeli (purchasing power parity) rakyat Amerika adalah AS$46,000 tahun lalu berbanding kita sebanyak AS$14,400. Segelen minyak berharga AS$4.00 bagi penduduk Amerika adalah "murah" kerana pendapatan dan kuasa membeli mereka tinggi. Manakala pada kadar AS$3.12 segelen bagi penduduk Malaysia adalah mahal? kerana pendapatan kita rendah. Pendapatan penduduk Amerika lebih tiga kali ganda daripada pendapatan penduduk Malaysia. Untuk maklumat lanjut sila layari- http://kadirjasin.blogspot.com/2008/06/harga-minyak-malaysia-kini-antara-yang.html

Hampir 2/3 gaji sebahagian rakyat dibelanja untuk petrol:
Mampukah rakyat Malaysia berbelanja RM900 sebulan untuk petrol? Siapa mereka yang beriya-riya hendak menghapuskan subsidi bahan bakar? Mereka ini golongan berpendapatan RM10 ribu ke atas sebulan. Singapura petrolnya berharga RM5.20 seliter dan diesel RM4.33. Jika selama ini rakyat Malaysia berbelanja RM10 sehari untuk petrol bagi berulang alik ke tempat kerja, sebaliknya harga pasaran global menyebabkan pengguna perlu menyediakan RM30.

Sebulan RM900 bermakna ia telah menghapuskan sebahagian besar perbelanjaan sara hidup mereka. Pendapatan per kapita rakyat Singapura adalah RM106,000 (AS$30,810) setahun berbanding rakyat Malaysia yang hanya RM21,500 (AS$6,244). Ianya lima kali ganda berbanding pendapatan per kapita rakyat Malaysia. Purata rakyat Singapura berpendapatan lebih RM7,500 sebulan berbanding rakyat Malaysia RM1,500.

Kekayaan Petronas:
Petronas mencatatkan keuntungan kira-kira RM35.5 billion pada tahun kewangan 2004-2005 iaitu satu kadar yang jika dibahagi jumlah warganegara Malaysia maka setiap individu akan memperolehi RM1,500 seorang bagi setahun. keuntungan Petronas melebihi RM70 billion, Petronas membelanjakan sejumlah RM3.5 juta sebulan untuk membiayai Malaysian Philharmonic Orchestra, konduktor orkestra dibayar RM130,000 dan pembantunya RM50,000 sebulan.

Petronas banyak sekali dihabiskan melalui projek-projek seperti senarai di bawah :
i. Membail-outkan Bank Bumiputra (kini CIMB) dua kali bernilai RM4.86 billion akibat pengurusan bank tidak ada integriti salah urus dan melonggarkan syarat-syarat pemberian pinjaman yang besar kepada kroni-kroni yang tidak dibayar balik pinjaman
ii. Membeli bon kerajaan sendiri bernilai RM3.8 billion.
iii. Membina gelanggang Formula 1 berharga RM286 juta dan setiap kali ada perlumbaan Petronas akan menjadi hostnya berbillion ringgit dikeluarkan.
iv. Beli HICOM (Proton) berharga RM999.4 juta dan selesaikan hutang RM1,299.6 juta.
v. Membangunkan Putrajaya dan MSC berharga RM22 billion
vi. Bail-out MAS sebanyak RM668.8 juta
vii. Penubuhan Dana Harta sebagai modal permulaan sebanyak RM4.56 billion
viii. Membina KLCC berharga RM1.8 billion. Maintenance sebulan bernilai RM95,000.00, setahun sudah menjadi RM108 juta
ix.Membina KLIA sebanyak M9 billion, peruntukan tahunan sebanyak RM900 juta.

Kerajaan ini melimpah wang' - Mahathir:
Malaysia mengeluarkan lebih kurang 650,000 tong minyak sehari dan mengguna 400,000 tong manakala selebihnya iaitu 250,000 tong adalah tujuan export. Tambahnya lagi bahawa tiga tahun lalu minyak mentah dijual pada kadar USD30 satu tong dan harganya pada hari ianya USD130 iaitu satu kenaikan sebanyak USD100.
"250,000 tong yang dieksport sepatutnya memberi Petronas sejumlah lebih RM27 billion,
"Tetapi Petronas untung lebih RM70 billion, yang kesemuanya milik Kerajaan. "Memanglah kenaikan harga petrol di sini jauh lebih rendah daripada di United Kingdom, mahupun Amerika Syarikat. Tetapi pendapatan per kapita kita adalah lebih kurang satu pertiga mereka. Berasas kepada kuasa membeli kita kenaikan harga adalah lebih tinggi dari UK atau Amerika Syarikat.

Kenapa harga minyak cipta rekod?
MINYAK mentah di Amerika Syarikat (AS) pada minggu lalu mencatatkan rekod tertinggi kepada AS$139.12 (RM453.99) setong.
Harga itu meningkat berbanding di bawah AS$50 (RM163.15) setong pada permulaan tahun 2007 dan pada tahun ini melonjak sekitar 40 peratus daripada AS$95.98 (RM313.19) setong pada akhir tahun lalu.
Menurut Agensi Tenaga Antarabangsa, harga minyak pernah mencecah lebih AS$101.70 (RM331.85) pada April 1980 setahun selepas revolusi Iran.
Antara faktor yang menyebabkan harga minyak naik adalah kelemahan dolar dan dana.

Pertubuhan Negara-Negara Pengeksport Petroleum (OPEC) yang pernah mendakwa aktiviti spekulasi dan kelemahan dolar sebagai punca kenaikan minyak, telah menyatakan ia sedang meningkatkan bekalan minyak untuk mengimbangkan pasaran.
Arab Saudi iaitu pengeluar minyak terbesar dalam OPEC dijangka meningkatkan pengeluaran hampir kepada 9.5 juta tong setiap hari pada bulan depan berbanding 9.1 juta tong sehari pada Mei lalu.
Lanjut sila layari:- http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2008&dt=0610&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_01.htm

Info lain: Kenaikan minyak dalam masa 16 tahun - sejak 1990:
Sebelum tahun 1990 - RM 0.89, 1990 - RM 1.10 (kenaikan RM 0.21), 01/10/2000 - RM 1.20(kenaikan RM 0.10), 20/10/2001 - RM 1.30 (kenaikan RM 0.10), 01/05/2002 - RM 1.32 (kenaikan RM 0.02), 31/10/2002 - RM 1.33 (kenaikan RM 0.01), 01/03/2003 - RM 1.35 (kenaikan RM 0.02), 01/05/2004 - RM 1.37 (kenaikan RM 0.02), 01/10/2004 - RM 1.42 (kenaikan RM 0.05), 05/05/2005 - RM 1.52 (kenaikan RM 0.10), 31/07/2005 - RM 1.62 (kenaikan RM 0.10), 28/02/2006 - RM 1.92 (kenaikan RM 0.30), 4/06/2008 - RM2.70 (kenaikan RM0.78)

Berdasarkan maklumat berikut adalah perbandingan harga minyak Malaysia berbanding negara luar:-
UAE RM1.19/liter, Eygpt RM1.03/liter, Bahrain RM0.87/liter, Qatar RM0.68/liter, Kuwait RM0.67/liter, Saudi Arabia RM0.38/liter, Iran RM0.35/liter, Nigeria RM0.32/liter, Turkmenistan RM0.25/liter,MALAYSIA RM2.70/liter.

PLUS untung RM384 juta utuk suku tahun pertama (Januari-Mac 2008) sedangkan dalam tempoh yang sama tahun 2007 ia hanya untung RM265.870 juta. Setiap tahun syarikat konsesi lebuhraya buat duit.



minyak naik tiba-tiba...keadaan menjadi kelam kabut di petrol stesen.

Monday, June 9, 2008

PANDANGAN KENAIKKAN PETROL

Ini satu email yang saya terima dan agak menarik untuk dibaca mengenai isu kenaikkan petrol di Malaysia, mari kita sama-sama menilai dan memikirkannya.

Baru baru ini dalam akhbar tempatan, kerajaan telah keluarkan statistik kononnya harga minyak di Malaysia adalah yang paling rendah dirantau ini.Kemudian mereka membandingkan harga minyak Malaysia dengan harg minyak di Thailand , Singapore , Filipina dan Vietnam.

Persoalan sekarang apakah asas perbandingan tersebut sedangkan negara negara tersebut bukan pengeluar minyak? Hujah seperti inilah yang digunakan oleh BN untuk memperbodohkan orang kampung. Ok, di sini fakta yang semua orang kena tahu.

Pertama sekali sila lihat perbandingan harga minyak Malaysia dan negara negara pengeluar minyakyang lain:-

Negara Harga minyak seliter (dalam RM): Malaysia RM1.92, Iran RM0.29, Venezuela RM0.16, Turkemenistan RM0.39, Arab Saudi RM0.19, Mesir RM0.81.

Dari data di atas, membuktikan propaganda kerajaan adalah palsu dan tidak benar. Kesemua negara pengeluar minyak di atas, harga minyak adalah dibawah RM1.00 seliter. Ada sesetengah alasan mengatakan keluaran minyak kita tak sebanyak Arab Saudi yang mengeluarkan sejuta tong sehari.

Menurutkerajaan, pengeluaran minyak kita adalah dalam lingkungan 700 ribu tong sehari. Oleh itu kalau berdasarkan ratio pengeluaran minyak antara Arab Saudi dan Malaysia 1 juta : 700 ribu, sepatutnya harga minyak Malaysia dalam lingkungan RM0.30 sen sahaja. Kenapa Arab Saudi boleh kekalkan harga minyak padaRM0.19 sen seliter tapi Malaysia pada 1.92 sen? Bukan kah jauh bezanya?

Bagaimana pula dengan Venezuella yang jumlah penduduk hampir sama dengan Malaysia boleh kekalkan harga minyak pada RM0.16 sen seliter sahaja? Ini menunjukkan ada sesuatu yang tak kena dalam menguruskan hasil minyak dalam negara. Ketika Dato Seri Anwar ibrahim menjawat jawatan menteri kewangan Malaysia pada tahun 1991-1998, harga minyak dikekalkan pada RM1.10 sen seliter. Bagaimana beliau boleh mengekalkan harga minyak selama lapan tahun sedangkan harga minyak dunia naik mendadak ketika perang teluk di Iraq ? Pada masa yang sama juga pembangunan dan projek projek banyak juga d jalankan dalam negara tanpa perlu naikkan harga minyak.

Tapi pemimpin kerajaan beri alasan untuk naikan harga minyak supaya duit tersebut dapat tampung projek pembangunan. Masalah sekarang projek pembangunan untuk faedah siapa?Rakyat atau kroni? Berapa kerat orang yang dapat faedah dari koridor pembangunan di sana sini? Subsidi minyak yang ditanggung kerajaan mencapai 35 billion setahun. Barisan Nasional bersungguh-sungguh untuk mengurangkan subsidi minyak ini kerana kalau harga minyak tidak dinaikkan dengan segera ianya akan mengganggu peruntukan kerajaan bagi membangunkan koridor koridor di seluruh negara yang bernilai ratusan billion.

Yang orang asyik berhujah ialah harga minyak perlu dinaikkan kerana harga minyak dunia telah naik. Ada yang mengatakan ia masalah global. So yang kita kita fikir ialah kenapa nak risau tentang harga minyak dunia yang melambung naik kerana sepatutnya sebagai negara pengeluar minyak, Malaysia seharusnya gembira kerana bila harga minyak dunia naik,pendapatan Petronas jadi berlipat ganda. So apa masalahnya? Walaupun Malaysia ada mengimport minyak dari luar untuk kegunaan tempatan, tapi bila dah net off dari pendapatan export, masih untung besar lagi.

Adakah negara akan bankrupt kalau turunkan harga minyak?? Sudah tentu tidak. Sila lihat statistik di bawah:-

Allocation untuk mega projek:- Koridor Utara : RM17.5 billion, Koridor Timur : RM112 billion, Wilayah Iskandar :RM47 billion, Koridor Sabah :105 billion, Koridor Serawak :107 billion.

Bila kerajaan membuat pelan untuk pembangunan projek di atas, sudah tentulah kerajaan mempunyai wang yang banyak. Jadi, jika kerajaan sanggup membelanjakan ratusan billion untuk projek pembangunan seperti di atas yang hanya boleh dimanafaatkan oleh segelintir rakyat sahaja, kenapa nak tampung subsidi 35 billion setahun pun tak mampu? Mana yang lebih penting? Mana yang perlu diutamakan? Kebajikan rakyat atau projek mega?

Bila menteri menteri beri komen tentang ekonomi, semuanya berkata yang bagus bagus, tapi bila bercakap soal subsidi minyak, dah cakap lain pulak. So kalau Dato Najib kata turunkan harga minyak akan buat negara bankrup, bagaimana projek ratusan billion di atas? Tak bankrup kah negara dengan projek ratusan billion tersebut? Perlu diingat bahawa disamping pendapatan hasil petroleum, negara juga mempunyai hasil dari sumber lain seperti getah, sawit, taxation, balak dan lain lain. Pendapatan tahunan negara kalau diambil kira harga minyak yang melambung naik bakal mencecah 200 billion setahun. Dari jumlah tersebut susah sangat ke nak sumbangkan 50 billion untuk beri subsidi pada rakyat?